Friday, January 02, 2009

Khutbah: Palestin

: اَلْحَمْدُ لِلّهِ القائل

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ - سورة الحجرات: 10
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلا اللهُ وحده لا شريك له وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …


Sidang Jumaat yang saya hormati,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan kita menggunakan segala nikmat yang telah, sedang dan akan kita nikmati ini bagi mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Janganlah kita gunakan segala nikmat yang dianugerahkan itu di jalan yang dimurkai oleh Allah Tuhan Yang Maha Perkasa, Tuhan Yang Maha berkuasa menarik semula segala kenikmatan itu sekelip mata.

Saudara-saudara sekelian ,

`Nakbah’ mungkin merupakan satu istilah yang agak asing bagi sebahagian rakyat Negara ini melainkan bagi mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam sedunia terutamanya di Palestin. `Nakbah’ bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala `Nakbah Palestin’ merujuk kepada penubuhan negara haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas berlakunya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan tipu daya penjajah British dengan restu PBB.
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinan wartawan tersebut telah mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin. British telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917, dengan memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang haram Yahudi. ‘Ketetapan 181’ PBB pada 29hb November 1947 telah membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya. Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan tentera-tentera Liga Arab, maka Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Demokrasi hanyalah sandiwara barat untuk memperdayakan dunia seluruhnya. Apabila HAMAS memenangi pilihanraya pada tahun 2006. Mantan Presidan Amerika Syarikat sendiri, iaitu Jimmy Carter yang menjadi pemerhati pilihanraya tersebut, telah menyatakan bahawa pilihanraya yang dijalankan adalah telus dan adil. Barat yang kononnya mendokong demokrasi menafikan kemenangan. Maka penduduk Palestin yang memilih HAMAS telah dikenakan hukuman sehingga ke hari ini.
Saudara-saudara yang dikasihi,
Kebencian kita terhadap Yahudi bukanlah suatu yang tidak berasas. Kejahatan mereka bukan sahaja terhadap umat Islam malahan mereka juga dibenci oleh penduduk Eropah kerana sikap dan perbuatan keji yang mereka lakukan. Beberapa rentetan peristiwa pengusiran mereka jelas menunjukkan siapa mereka sebenarnya.
. Kaum Yahudi pernah dihalau beramai-ramai oleh King Edward, England pada tahun 1290.
· King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Sebahagian daripada mereka dibenarkan pulang ke Perancis selepas itu, tetapi dihalau semula pada tahun 1394.
· Di Hungary juga mereka dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
· Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
· Czechoslovakia mereka dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592, Tetapi dihalau semula oleh Queen Maria Theressa pada tahun 1744.
· Raja Bright ke-5 menghalau mereka dari Austria pada tahun 1420.
· Dihalau dari Holland pada tahun 1444. Dihalau dari Itali pada tahun 1540. Dihalau dari Jerman pada tahun 1551. Sehinggalah ditindas secara berterusan dan dibunuh beramai-ramai oleh Tentera Nazi.
· Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau mereka pada tahun 1510. Mereka beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, mereka disembelih beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia mereka pada sebarang janji yang dibuat. Masyarakat Eropah menyedari sikap buruk mereka yang tidak pernah kenal erti bersyukur dan berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu.

Mereka menyebarkan system ekonomi yang berteraskan riba. Mereka menjadikan yang kaya terus kaya dan menjadikan yang miskin terus papa. Kitab Talmud mereka mengajarkan bahawa amalan riba halal jika berurus niaga dengan yang lain tetapi haram sesama mereka. Bangsa Yahudi dianggap anak-anak Allah manakala bangsa-bangsa lain lebih hina daripada anjing dan babi.
Sidang Jumaat Sekelian,
Kita tidak boleh lagi membiarkan saudara-saudara kita berjuang bersendirian Apa jua yang berlaku kepada saudara muslim kita di mana-mana ceruk mukabumi ini wajib dirasai oleh saudara muslimnya yang lain sehingga Rasulullah SAW sendiri meletakkan tanda aras kesempurnaan iman seseorang itu adalah sejauh mana rasa kebersamaannya dengan saudara muslimnya yang lain. Sabda Rasulullah SAW :
لاَ يُؤْمِنُ اَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبُّ ِلأَخِيْهِ ماَ يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri
Saudara-saudara yang dihormati,
Umat Islam di Eropah dan Timur Tengah sudah mengadakan demontrasi secara besar-besaran mengutuk keganasan Yahudi. Sebahagian kita telah memulakan gerakan derma untuk membantu saudara-saudara mereka. Asy-Sheikh Yusuf Al-Qardhawi pernah meluahkan perasaannya :
"لاَ أَتَصَوَّرُ أَنْ يَجُوْعَ الشَّعَبُ الْفَلَسْطِيْنِيْ وَحَوْلَهُ ثَلاَثُوْنَ مِائَةَ مِليُوْنَ عَرَبِيٌّ وَمِنْ خَلْفِهِ أَلْفَ مِليُوْنَ مُسْلِمْ
Aku tidak dapat menggambarkan Rakyat Palestin akan kelaparan kerana mereka dikelilingi oleh 300 juta orang arab dan di belakang mereka 1000 juta orang Islam.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

خطبة كدوا

الحمد لله القائل

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي
جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Saudara Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Umat Islam hari ini menjadi lemah kerana kita tidak sepenuhnya memperjuangkan Islam seluruhnya. Akibat cintakan dunia dan takutkan mati, Umat Islam hari ini adalah umat yang cukup lemah dalam mempertahankan haknya. Yahudi dan Nasrani telah berjaya mengalihkan pandangan Umat Islam daripada mempertahankan agama mereka. Ketika Baitulmaqdis ditawan musuh Allah Umat Islam bangkit di seluruh dunia untuk merampasnya kembali. Sekian lama Umat Islam berjuang dan berjihad mempertahankan tempat suci tersebut, maka propaganda Yahudi menyebarkan bahawa pertikaian hanyalah antara orang Arab dan Yahudi. Ketika Bangsa Arab berjuang mempertahankannya, maka dikatakan bahawa ia hanya pertikaian antara Yahudi dan Palestin. Maka Umat Islam kini tidak lagi melihat isu agama sebagai isu umat sejagat tetapi melihatnya sebagai isu setempat yang hanya berkisar di persekitaran bangsa dan keturunan semata-mata. Kita kini menjadi umat yang hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa.

Sidang Jumaat Sekelian,

Kita semuanya WAJIB membantu rakyat Palestin tidak kira siapa dan di mana kita berada. Rakyat Palestin mewakili umat Islam seluruh dunia berjihad menentang musuh Islam. Apabila para pejuang berjihad menentang musuh Islam, maka wajib kepada seluruh umat Islam membantu mereka. Kita akan dipersoalkan di akhirat, nanti apakah bantuan dan sumbangan yang telah kita berikan kepada perjuangan Jihad di Palestin. Di antara bantuan yang boleh kita berikan ialah:
· Membaca qunut nazilah setiap hari dan memohon kepada Allah swt agar kemenangan kepada Islam dan kehancuran kepada musuh Islam.

· Memberi bantuan kewangan dan sokongan yang berterusan kepada rakyat Palestin melalui infaq dan sedekah tanpa mengira kedudukan kita sama ada miskin atau kaya kerana rakyat Palestin sedang mewakili kita untuk berjihad melawan musuh Allah swt.

· Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh Israel dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat dengan tidak membeli barangan tersebut.

· Menggesa kerajaan negara-negara Islam menggunakan kemampuan mereka menghentikan kezaliman berleluasa di bumi Palestin. Sebagai rakyat dalam sebuah negara, kita perlu bersatu dalam isu yang melibatkan solidirati Islam melalui gesaan berterusan akan kerajaan negara-negara Islam bertanggungjawab terhadap Palestin.

· Menulis di akhbar, majalah, buletin dan menyebarkan isu Palestin sebenarnya adalah isu umat Islam dan pembebasannya adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.

· Mendidik anak-anak supaya peka dengan isu Palestin dan mewujudkan tabung-tabung khas di rumah untuk diberikan kepada rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ, وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Ghafarullah Lahu.

اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...