"Dalam keghairahan tentera-tentera Israel menyerang dan meratah penduduk-penduduk Palestin dengan bom, roket dan sebagainya dalam masa yang sama hacker-hacker dari seluruh dunia juga turut serta melancarkan serangan secara beramai-ramai melalui laman maya. Dikatakan 10,000 laman-laman Israel telah dirosakkan. Banyak daripada laman-laman Israel telah diletakkan dengan video-video, foto-foto dan slogan-slogan yang mengatakan tentang keburukan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh Israel." - ( Petikan daripada- http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=1375)
Kalaulah benar sebagaimana yang dinyatakan dalam petikan dia atas maka sebagai Umat Islam kita harus meletakkan kesyukuran kita ke hadrat Allah swt. Ini menunjukkan bahawa masih ada di kalangan kita yang mampu menggunakan hikmah atau kebijaksanaan dalam menghadapi situasi yang mendatang. Kebanyakan kita memahami istilah hikmah sebagai bijaksana yang diterjemahkan dengan lemah lembut dan bersopan santun. Ini adalah kesilapan yang menyebabkan Umat Islam dilihat sebagai umat yang boleh diperlakukan semahunya.
Menzalimi Umat Islam bukanlah sesuatu yang dianggap besar kerana selepas Islam berkuasa akan ada ulama' yang menyeru agar kesalahan mereka dimaafkan. Ini menyebabkan kita melupakan perintah Allah untuk membalas setiap kezaliman yang dilakukan terhadap kita. Kekerasan tidak pernah ada dalam kamus kebanyakkan Umat Islam kerana dikatakan ini akan hanya menjejaskan nama baik Islam itu sendiri.
Hakikatnya kita mempunyai berbagai kaedah dalam menyampaikan dakwah dan melaksanakan Syariat Allah. Allah menyatakan dalam firmannya mengenai kaedah ini iaitu ; "Serulah kepada jalan tuhanmu dengan Hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik". Selain kaedah nasihat dan debat maka hikmah adalah kaedah yang paling berkesan untuk berbagai sasaran. Ianya tidak terbatas kepada lemah lembut kepada golongan yang bersikap lunak tetapi turut merangkumi kekerasan terhadap golongan yang degil termasuk helah dan tipudaya terhadap golongan suka membelit. Membunuh juga disuruh Allah jika dalam keadaan perang.
Dalam keadaan keganasan melampau yang dilakukan oleh Israel pada waktu ini, apa sahaja yang boleh melemahkan mereka wajib kita lakukan. Setiap kejahatan yang kita lakukan sesama kita wajar dipindahkan kepada mereka sebagai sasaran. Kemana perginya pembunuh upahan, pakar sihir dan santau, pengganas dan penggodam yang menyusahkan masyarakat selama ini. Jika sasarannya sesuai, kejahatan yang kita lakukan akan menyebabkan kita dianggap sebagai wira. Kebaikan dan kejahatan bukanlah hak penilaian masyarakat, tetapi ianya hak mutlak Allah sebagai penentu kebaikan dan kejahatan. Kebanyakan Umat Islam hanya sibuk memperkatakan tentang bantuan makanan, perubatan dan kemanusiaan. Tetapi tidakkah kita sedar bahawa keperluan sebenar mereka adalah peluru dan persenjataan. Kalau setakat bantuan kemanusiaan, Amerika Syarikat sendiri yang menjadi dalang keganasan inipun lebih banyak sumbangannya daripada kita. Ada yang menganggap bahawa amat memalukan bahawa negara Islam sendiri amat kurang bantuannya berbanding negara barat. Namun bagi saya bantuan barat bukanlah suatu kebaikan melainkan hanya layak dianggap hukuman bagi kejahatan yang mereka lakukan. Apakah harus dipuji perompak yang mendermakan sejuta ringgit kepada mangsa setelah merompak 10 juta ringgit daripadanya.
Semoga kita mampu menggembelingkan segala kekuatan bagi menghapuskan Israel. Lupakanlah dahulu persengketaan sesama kita. Kalau kejahatan, buruk sangka, kejian dan umpatan serta segala sifat mazmumah sudah sebati dengan jiwa dan terlalu sukar untuk dielakkan, maka teruskanlah segala sifat tersebut dengan menukarkan sasaran. Halakanlah segalanya kepada Israel maka ganjaran tuhan menanti kita.
No comments:
Post a Comment