Sebelum ini aku pernah mengikuti beberapa pakej pelancongan ke negara jiran iaitui Thailand dan Indonesia. Kedua buah negara ini amat dikenali sebagai negara yang tahap korupsinya begitu hebat sehingga dilakukan oleh penjawat awam secara terbuka. Pengalaman bersama beberapa agensi pelancungan sebelum ini menyebabkan aku sedikit fobia untuk mengetuai rombongan. Bukan sahaja bayaran yang agak mahal, malah dibebani dengan berbagai tips yang terpaksa diberi termasuk pemandu pelancung dan pemandu bas. Namun ini tidak berlaku sepanjang perjalanan lalu bersama teman-teman di Kuala Kangsar. Pakej 4 hari 3 malam ke Jakarta-Bandung kelmarin dirasakan amat berpatutan di samping layanan yang amat menyenangkan. Beberapa kelebihan Darul Mubarak Travel & Tours, yang diketuai oleh Ustaz Hj. Muhammad Ismi Bin Hj. Mat Taib, ustaz muda lulusan BA (Hons) Arabic University of Jordan dan MA Usuluddin Universiti Malaya ini adalah :
a. Beliau sendiri menjadi pengiring merangkap pemandu pelancong yang menghilangkan rasa kekok di kalangan kami.
b. Tidak ada ruang dan informasi di sediakan bagi menjelajahi ke tempat maksiat.
c. Penginapan dan tempat ziarah yang disediakan seolah-olah sebagai satu usaha dakwah bagi mendekatkan diri kepada tuhan.
d. Tidak terdapat sebarang kos tersembunyi kerana ketelusan menjadi teras dalam menawarkan perkhidmatan.
e. Tidak membenarkan sebarang tuntutan kewangan daripada pihak lain samada pemandu pelancung tempatan, pemandu bas dan sebagainya.
f. Membantu apa sahaja keperluan peserta yang munasabah termasuk menjadi money changer dan sebagainya.
Terlalu sukar untuk disenaraikan secara jelas keistimewaan perkhidmatan yang diberikan kecuali bagi mereka yang telah melaluinya dan merasakan perbezaannya. Semoga Darul Mubarak Travel & Tours akan terus berkembang sehingga mampu menjadi pilihan setiap rakyat Perak khususnya dalam industri yang berkembang pesat ini.
No comments:
Post a Comment