Thursday, January 29, 2009

Solat Subuh Seperti Jumaat




Walaupun amat sukar untuk melihat situasi Solat Subuh seperti Jumaat, namun ianya bukanlah satu perkara ganjil di Yayasan Darul Tauhid. Sebahagian daripada artis negara ini yang pernah menginap di Darul Jannah Cottages, Darul Tauhid. Dalam lawatan kami ke Bandung lepas juga kami bertemu dengan Nazrie, bekas vokalis Raihan.


Darul Tauhid adalah sebuah yayasan atau pasantren yang diasaskan oleh seorang ulama tersohor di Indonesia iaitu Abdullah Gymnastiar (AA Gym). Beliau mempunyai ribuan peminat walaupun agak terjejas akibat tindakannya berkahwin seorang lagi pada tahun lepas. Mungkin inilah sudut kegagalan beliau mendidik santri-santrinya wanitanya yang merangkumi isteri-isteri pembesar termasuk yang bukan Islam. Namun begitu terlalu banyak kejayaan beliau yang boleh dicontohi. Walaupun tidak sehebat Ashaari Muhammad,(dikatakan antara pembimbing beliau terutama dalam soal perniagaan), beliau boleh dikatakan sebagai Tuan Guru yang berjaya dengan beroperasinya berbagai bidang perniagaan seperti supermarket, restoran, chalet penginapan, travel agensi, rangkaian penyiaran radio dan tv serta bank perdagangan yang bernaung di bawah Darul Tauhid.




Kebanyakan penuntut yang kelihatan dalam solat Subuh sebelum kuliah yang dipancar secara langsung dalam siaran radionya, adalah mereka yang masih dalam lingkungan remaja dan belia. Pendekatan beliau yang mesra dan sederhana berjaya meyakinkan gabenor dan pihak berkuasa bagi membolehkan terdirinya Pasantren At-Taubah di kawasan pelacuran khusus bagi mendidik para pelacur agar kembali ke pangkal jalan.


Di negara ini juga tidak kurang mereka yang mempunyai daya tarikan seumpama beliau. Bezanya kita sering ditekan dan dipandang serong oleh pemerintah yang terlalu fobia dengan apa sahaja yang dikaitkan dengan Islam. Al-Arqam sendiri walaupun amat berjaya dalam bidang pentarbiahan hati dan perekonomian, namun diserang dan cuba dihancurkan sehingga ke akar umbi tanpa penekanan kepada pembaikan akidah dan amalan yang dikatakan salah dan menyalahi akidah. Di Kubang Semang misalnya kita ada Ustaz Mutalib yang mampu mendirikan hotel penginapan hanya dengan bantuan anak-anak murid beliau. Darussyifa' juga tidak kurang pengikut dan ahlinya di seluruh dunia walaupun belum ditumpukan kepada usaha memajukan ekonomi umat Islam.

Alangkah baiknya jika "Billionaire" dan "Millionaire" Muslim yang ada di negara ini tidak hanya membesarkan perut mereka dari masa ke semasa tanpa ada hala tuju bagi membawa bersama umat Islam ke tahap kehidupan yang sama.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...