Friday, January 23, 2009

Bodoh Sombong atau Sombong Bodoh

Adab apabila masuk ke suatu tempat yang baru hendaklah kita berta'aruf. Walaupun kita rasa kita pandai tapi kita tetap jahil tentang suasana di situ. Pengalaman mereka yang lama di situ jauh lebih berharga daripada kepandaian yang kita ada. Maka belajarlah daripada pengalaman mereka agar kepandaian yang kita ada dapat digunakan dengan sewajarnya.


Seorang CEO baru sebuah syarikat cuba menunjukkan ketegasannya terhadap semua pekarja. Dalam perjuumpaan pertama bersama pekerja beliau mengugut akan memecat sesiapa sahaja yang bermasalah tanpa memberi peluang kedua. Sedang beliau bercakap dia ternampak seorang pekerja yang sedang menyandar kat tepi dinding."Hoi! Yg baju biru tu, mari sini" dia menjerit.

Bila budak tu sampai dia bertanya, "Bape gaji awak?".
Jawab budak tu,"Dalam RM800".
"Nah ambik ni Rm800, BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN", tempelak CEO tu.

Budak itupun mengambil duit tu, lalu terus berlalu. CEO tupun memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!

Sebelum bersurai, CEO tu bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"Jawap seorang pekerja," Dia tu penghantar pizza".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...