Friday, June 14, 2013

Amalan Di Malam Nisfu Sya'ban


Malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam Nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Maka mengambil berat terhadap malam Nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut. Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya adalah:

Saturday, June 08, 2013

Khutbah : Pengajaran Isra' Mikraj


 اَلْحَمْدُ ِللهِ  الْقاَئِلِ :
سُبْحَانَ الَّذِى أَسْرَى بعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ اْلمَسْجِدِ الْحَرَامِ إلَى الْمَسْجِدِ اْلأَقْصَاالَّذِى بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ ءَايَاتِنَا إنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أما بعد،
فَياَ عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Bulan Rejab memperingatkan kita dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj, peristiwa bersejarah yang dilalui oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.  Peristiwa ini benar-benar telah menguji keyakinan umat Islam terhadap terhadap kebenaran risalah kenabian Baginda Rasulullah s.a.w.
Allah SWT dengan segala Rahmat dan Kasih sayangNya telah menzahirkan kecintaanNya kepada kekasihNya Muhammad  s.a.w. melalui peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...