Sunday, November 04, 2012

Khutbah: Sedarilah Bahaya Syiah Nusairiyah


اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلاَ فِي الأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ ﴿٤﴾ - سورة القصص

اَشْهَدُ اَنْ  لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.

اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bertaqwalah kita kepada Allah dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan kita beriman. Ayat yang dibacakan tadi bermaksud :

 Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas segolongan dari mereka dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia benar-benar melakukan kerosakan – Surah Al-Qassas ayat 4.

Muslimin yang dirahmati Allah,

        Di hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban yang lalu kita telah melihat bagaimana lembu atau kerbau atau mungkin unta yang disembelih untuk menyempurnakan ibadat qurban. Kita melihat bagaimana darah binatang sembelihan itu gugur ke bumi tanpa sebarang belas kasihan malah begitu teruja menantikan pengagihan tulang dan dagingnya. Namun apakah sama perasaan kita tatkala melihat saudara seagama kita disembelih dan dilapah hidup-hidup?

 Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Firaun terhadap Kaum Bani Israel, kini terjadi terhadap saudara seagama kita. Kita pernah menyaksikan Umat Islam disembelih di Ambon, Umat Islam menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai di Rohingya, Umat Islam di bunuh dengan kejam di Shabra dan Shatila dan kini setiap hari Umat Islam menjadi mangsa pembunuhan kejam di Syria.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

        Dunia seolah-olah tidak menghiraukan nasib rakyat Syria yang sebenarnya telah berpuluh tahun hidup dalam penindasan kerajaan mereka sendiri. Namun nasib mereka tidak sebagaimana nasib rakyat di Negara Arab lain samada di Mesir, Libya dan Iraq kerana kekejaman terhadap mereka seolah-olah dibiarkan begitu sahaja. Sedar atau tidak mereka, malangnya nasib mereka, kerana mereka tidak di zalimi oleh Yahudi dan Nasrani, tetapi diperangi oleh pemerintah yang kononnya Islam tapi menganut fahaman sesat dan melampaui batas. Sekadar perbandingan yang boleh gariskan di sini, mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh Yahudi Zionis di Shabra dan Shatila yang diketuai oleh Ariel Sharon hanya sekitar 5,000 orang sedangkan penyembelihan yang berlaku di Hama, Syria yang diketuai oleh Rifa’at Asad, Ketua Tentera merangkap Naib Presiden Syria menjangkau 40,000 orang. Tempoh masa pembunuhan beramai-ramai yang diambil oleh Ariel Sharon hanya sekitar 3 hari, tetapi tempoh masa yang diambil oleh Rifa’at menjangkau selam 27 hari.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

        Hakikatnya semua ini berlaku akibat permusuhan antara penganut agama Syiah yang begitu membenci Umat Islam. Walaupun Syiah hanya menjadi golongan minority di Syria, namun mereka menggunakan kuasa sepenuhnya bagi menghapuskan Umat Islam Ahli Sunnah. Kemuncak kekejaman terhadap Umat Islam di Syria bermula apabila tempias Arab Spring melanda seluruh dunia Arab pada tahun 2011. Sheikh Khaled Hasan Hendawi, pembantu khas kepada Syeikh Yusuf Al-Qardhawi mendedahkan bagaimana sehari sebelum kebangkitan rakyat Syria pada 15 Mac 2011, sekumpulan pelajar di Daerah Hauran, telah menulis dan menconteng dinding dengan perkataan “Rakyat mahukan system dijatuhkan”.  Akibatnya lebih dari 10 orang kanak-kanak itu ditangkap dan didera dengan dicabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Apabila ibu bapa dan keluarga mereka datang menuntut dikembalikan anak mereka, dikatakan kepada mereka oleh pasukan keselamatan Syria ; Lupakan sahaja anak-anak kamu dan buatlah anak yang baru. Jika kamu tidak dapat menerima kenyataan, hantarkan sahaja isteri-isteri kamu dan kami boleh memberikan anak baru untuk kamu.

Maka keluarlah 1,000 orang ke jalan-jalan raya sehingga dihantar helikopter polis melepaskan tembakan dari udara sehingga membunuh 14 orang dan mencederakan puluhan yang lain. Selepas dari itu sehingga kini berlakulah berbagai kekejaman terhadap Umat Islam termasuk penderaan, perkosaan, pembakaran masjid dan kubur para nabi sehinggakan kencing dan menjirus arak ke atas Al-Quran.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

        Tidak ramai yang mengetahui bencana di Syria adalah angkara penganut Syiah Nusairyiah yang cuba menghapuskan Umat Islam Sunni yang mewakili majoriti rakyat Negara tersebut. Tidak hairanlah apabila Iran, Hizbullah di bawah pimpinan Hasan Nasrullah dan Tentera Al-Mahdi pimpinan Moqtadar As-Sadar di Iraq menyokong kejahatan tentera Syria di samping Israel, Rusia dan China yang mempunyai kepentingan perniagaan dengan kerajaan Bashar al-Asad. Walaupun zohirnya sebelum ini, mereka memerangi Yahudi dan Nasrani, namun tatkala berhadapan dengan Ahli Sunnah Wal jamaah mereka bekerjasama dengan Yahudi dan Nasrani untuk memerangi Umat Islam. Mereka sebenarnya hanya Islam atas nama namun hakikatnya adalah munafiq yang memusuhi Islam dan lebih bahaya daripada Yahudi dan Nasrani. Syiah bukanlah satu mazhab di dalam Islam tetapi agama sesat yang terkeluar sepenuhnya daripada Islam.    


Muslimin yang dirahmati Allah,

        Syiah Nusairiyah telah menjadikan Taqiyyah (berpura-pura) sebagai senjata mereka dalam memerangi ahli sunnah. Mereka menganggap Saidina Ali sebagai tuhan yang telah menciptakan Nabi Muhammad dan para sahabat. Wanita bagi mereka setaraf dengan haiwan dan halal disetubuhi. Mereka juga menghalalkan arak dan hubungan sesama jenis. Ibadat solat, puasa dan haji mengikut kaedah mereka tersendiri. Perayaan hari kebesaran mereka dicampur aduk antara perayaan Islam, Yahudi, Nasrani, Yunani Kuno dan Majusi. Ahli Sunnah bagi mereka adalah sesat dan halal dibunuh. Maka tidak hairanlah kita melihat mereka berpura-pura beramal dengan amalan agama di hadapan kita, namun apabila mendapat kuasa mereka akan mengorbankan kita sesuka hati mereka.


Muslimin yang dirahmati Allah,

        Kejahatan mereka boleh dilihat melalui media massa yang ada di hadapan kita. Begitu mudah kita melihat rakaman di internet bagaimana rakyat Syria, lelaki atau wanita, anak kecil atau dewasa, disembelih, disiksa dan dibunuh semahunya. Namun dunia hanya memejamkan mata. Kita tidak akan mampu mengharapkan belas ihsan mereka. Jika kita tidak menguatkan umat ini, maka tidak akan ada masa depan bagi kita. Bantulah saudara kita  Syria di mana di bumi itulah bersemadinya jasad para sahabat seperti sayyidina Bilal bin Rabah, Muawiyah Bin Abi Sufyan, Abu Darda’, Khalid Al-Walid dan Abu Hurairah. Di sana juga bersemadinya mujahid Islam seperti Ibnu Arabi dan Salahuddin Al-Ayyubi. Dari sanalah lahirnya ulamak besar seperti Ibnu Kathir, Imam Az-Zahabi, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim Al-Jauzi. Di sana jugalah munculnya tokoh besar masa kini seperti Said Hawa, Abdullah Nasih Ulwan, Sheikh Mustafa As-Siba’ie, Sheikh Wahbah Az-Zuhaili dan Sheikh Mohammad Ali As-Sobuni.

        Maka layakkah kita membiarkan bumi suci ini berterusan menumpahkan darah para syuhada tanpa ada usaha yang bersungguh dari kita saudara seagama mereka. Apakah wajar kita membiarkan mereka bergelut dengan air mata dan darah, sedangkan kita di sini berterusan dengan kehidupan santai yang meninggalkan Syariat Allah.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

 


خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ﴿٨٣﴾ (آل عمران :83)


أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .


فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

        Kita wajib mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana hanya itulah pegangan yang diterima oleh Allah dan rasulNya. Pengaruh Syiah yang sudah meresap sekian lama di kalangan umat Islam di Negara ini wajib dihentikan segera sebelum mereka berkuasa dan memerangi memerangi kita. Rasulullah SAW bersabda:

 وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلاَّ مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي -  رواه الترميذي

 Sesungguhnya Bani Israel telah terpecah kepada 72 golongan. Umatku pula akan terpecah kepada 73 golongan. Kesemuanya akan masuk neraka kecuali satu golongan. Tanya sahabat siapakah yang satu itu. Rasulullah menjawab; Golongan yang mengikut cara hidupku dan para sahabatku.


Sidang Jumaat Sekelian,

Adalah suatu yang pasti bahawa golongan Syiah ini terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mereka adalah salah satu daripada 72 golongan yang bakal menjadi ahli neraka. Selain daripada mengkafir dan memaki hamun para sahabat, tindakan mereka memerangi Umat Islam juga jelas menunjukkan bahawa mereka bukan dari kalangan kita. Kelamahan pemimpin-pemimpin Islam hari ini yang tidak berpegang teguh dengan Syariat Allah telah menyebabkan kita tidak mampu berbuat apa-apa terhadap mereka. Kita masih gagal mengambil tindakan dan menyekat penyebaran ajaran sesat mereka di Negara-Negara Islam. Mereka masih lagi dibenarkan masuk ke tanah haram untuk beribadat bersama kita dan mengambil kesempatan mencaci dan melaknat maqam khalifah Ar-Rasyidin tatkala menziarahi maqam rasulullah. Namun itu semua tidak langsung menjadi bukti bahawa aqidah dan ajaran mereka masih diterima oleh Allah dan Rasulnya.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،

اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،

وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،

وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،

وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،

بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .

إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ

وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

7 comments:

Anonymous said...

Dah lama dah sedar. Takde benda baru ke nak disedarkan?

Abu Izzah At-Tualanji said...

Sedar tapi takde tindakan apa-apapun tak guna

Anonymous said...

Maaf tanya, khutbah ni dikarang oleh penulis khutbah dengan ilmu ke atau sekadar copy paste ya? Ya lah, ada sebut nama sahabat Abu Darda', beliau ni sahabat ya? Ada tak kisah beliau dgn Rasulullah, tanya bukan menguji ni, betul2 tak tau.

Anonymous said...

Juga disebut mujahid Islam Ibnu Arabi dan Salahauddin al-Ayyubi, pastikah Ibnu Arabi mujahid sprt Salahuddin? Ibnu Arabi mujahid ke, beliau ada berperang di mana dgn siapa? Maaf, saya bertanya sbb nak ilmu, jangan buruk sangka apa2 pulak ya.

Abu Izzah At-Tualanji said...

Memang khutbah ni saya tulis sendiri. Segala isinya berdasarkan ilmu yang saya perolehi.
Mungkin ada kesilapan dalam contoh nama sahabat dan mujahid tu. Tapi saya rasa betul cuma saya takde masa nak semak. Kalau tuan ada masa tolong semakkan. Kalau salah buangkan sahaja nama-nama tu.

Oleh kerana tuan komplain pasal contoh maka saya anggap isu utama pasal syiah tu dipersetujui.

Hati Emas said...

Mungkin bnr, isu pasal syiah tu dh lama dipersetujui, tinggal lagi "pemerintah yg berkuasa" je lah utk seLamatkn aqidah ummat. Kalau pemerintah biarkan syiah tu berleluasa, ummat mampu buat apa.

Sprt isu arak di kelantan, tok2 guru pndok dh zaman berzaman duk ajar arak haram dn semua yg terlibat dgnnya haram, tp rakyat tkleh buat apa. Bila naik TGNIK AZIZ, baru arak semua diharamkan.

Makanya, khutbah ni lbh patut diambil perhatian oleh "para pemerintah skrg' atau "bakal pemerintah akn dtg"...

*maaf, sekadar pdangan cetek rakyat marhaen

Hati Emas said...

eh maaf, sbnrnya nak bantu menjawab soalan sebelumnya, abu darda' mmg salah seorg sahabat, ada bersama Rasulullah saw ketika pembukaan makkah, seorg ahli fiqh yg zuhud, dn menjadi hakim di syria semasa kerajaan S. Uthman...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...