Friday, November 28, 2014

KHUTBAH : KEDAULATAN ISLAM TANGGUNGJAWAB SEMUA


اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ:

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ (آل عمران:83)

Apakah mereka mencari selain dari agama Allah sedangkan telah tunduk berserah diri segala yang ada di langit dan di bumi samada secara rela dan secara paksa. Dan kepadaNyalah mereka dikembalikan.

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.

أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

 

Sidang Jumaat Sekalian,

Islam menghadapi berbagai-bagai cabaran samada daripada musuh-musuh Islam mahupun umat Islam sendiri yang Islamnya hanya  atas nama semata-mata. Walaupun negara kita pernah diisytiharkan sebagai sebuah Negara Islam, agama negara adalah Agama Islam namun sikap umat Islam sendiri yang tidak pernah bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan Islam menjadikan Islam sebagai agama yang semakin terancam. Ini ditambah lagi dengan serangan berterusan daripada musuh-musuh Islam yang kini lebih banyak didokongi oleh golongan yang hanya mengaku Islam tetapi iktikad, pendirian dan hala tuju perjuangan mereka semata-mata untuk menghalang Islam daripada terus menyekat mereka dari memperhambakan diri kepada hawa nafsu mereka. Mereka hanya menggunakan Islam untuk mendapatkan layanan baik terhadap mereka dan menggunakan Islam bahkan agar orang lain beradab dengan mereka tetapi dalam masa yang sama mereka tidak pernah beradab dengan Allah SWT dan RasulNya, apatahlagi berakhlak dengan akhlak Islam jauh sekali mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Mereka mentafsirkan Islam sesuka hati mereka dan menyalah tafsirkan Islam bagi melunakkan pandangan masyarakat terhadap mereka. Dalam masa yang sama, mereka menolak segala ajaran Islam yang menyekat nafsu syahwat mereka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Antara ancaman yang sedang dihadapi oleh umat Islam di negara ini ialah usaha menghalang Islam dikuatkuasakan walaupun ke atas Umat Islam sendiri. Mereka memperkudakan sistem kehakiman negara untuk tunduk kepada kehendak nafsu mereka. Ini dilaksanakan dengan menyeret urusan agama dan ketetapan tuhan untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil yang tidak berasaskan agama. Bermula dengan usaha mencabar Institusi Fatwa yang telah mengeluarkan fatwa sehinggalah kepada tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai bercanggah dengan perlembagaan. Kedua-dua tindakan ini walaupun kelihatannya seperti mempertahankan hak asasi manusia tetapi hakikatnya adalah pencabulan kepada hak Allah SWT sebagai kuasa tertinggi dalam menetapkan hukum terhadap hamba-hambaNya. Undang-undang dunia disalahgunakan semata-mata untuk mencabar kuasa Allah ke atas umat Islam sendiri.

Muslimin yang dirahmati Allah,

          Di samping kita berusaha memartabatkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang yang menjamin hak asasi setiap warganegara, kita juga wajib melihat Perlembagaan Persekutuan dari sudut roh keagamaan dan semangatnya dalam menjamin kedaulatan Islam di negara ini. Hak asasi hanya satu sudut kecil daripada perkara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi tidaklah sampai menafikan kedaulatan Islam dan hak umat Islam untuk mengamalkan Islam. Perlembagaan telah menetapkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan urusan keagamaan diletakkan di bawah bidangkuasa negeri yang dinaungi oleh Raja-Raja Melayu. Sebarang bentuk pencabulan terhadap urusan pentadbiran Hal Ehwal Agama adalah merupakan satu penderhakaan terhadap raja dan sultan yang memerintah negeri-negeri.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

          Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak ada kuasa pada hal-hal yang dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa tertinggi dalam menetapkan sesuatu kes berkenaan Hal Ehwal Islam sebagaimana yang telah diputuskan dalam dua penghakiman Mahkamah Persekutuan yang terdahulu iaitu kes Sulaiman Takrib dan Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur. Keputusan tersebut juga adalah tidak sejajar dengan beberapa peruntukkan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3 yang meletakkan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan. Mahkamah Rayuan sepatutnya perlu mengambil kira norma masyarakat Melayu Islam yang merupakan teras kepada jati diri kebangsaan. Islam dan Melayu merupakan sebahagian daripada struktur asas yang membentuk Perlembagaan Persekutuan. Memusnahkan struktur asas ini akan mengakibatkan jati diri dan kerangka  Perlembagaan Persekutuan itu sendiri terpecah. Namun malangnya peruntukan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan ini sentiasa dicabar  oleh musuh-musuh  Islam  dari  semasa  ke  semasa. Maka kedaulatan Islam hanya dapat dipertahankan jika semua yang terlibat mempunyai jati diri Islam yang kuat dan sentiasa berusaha untuk menghayati Islam sepenuhnya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (التوبة:111)

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

 

 اَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dihormati

          Islam memerlukan dan menuntut semua penganutnya berjuang dan berjihad demi memastikan kedaulatannya di muka bumi. Umat-umat terdahulu telah mengorbankan segala yang mereka miliki demi memartabatkan Islam sehingga kita semua mendapat rahmat dan hidayah dari tuhan. Amat jauh bezanya Umat Islam yang ada hari ini yang bukan sahaja tidak pernah bersungguh-sungguh menyumbang untuk memartabatkan Islam malah memandang ringan segala ancaman terhadap kedaulatan Islam. Dengan corak kehidupan kita yang sambil lewa dalam melaksanakan ajaran Islam, kita tanpa segan silu mendakwa bahawa Islam kita begitu sempurna dan mengharapkan syurga.

Hamba-Hamba Allah sekelian,

          Walau setinggi mana kelulusan kita, walau sehebat mana jawatan kita, walau siapapun kita, tidak ada nilainya di sisi Allah SWT jika kita gagal menjalankan peranan kita sebagai Hamba Allah.   Setiap hukum yang kita putuskan bercanggah dengan keputusan Allah, setiap tafsiran mengenai Perlembagaan Persekutuan yang menafikan Hak Allah, setiap sokongan dan bantuan kita kepada golongan yang memusuhi agama Allah, setiap apa sahaja yang kita usahakan yang membawa masalah kepada agama Allah, akan dinilai dan menjadi tiket untuk kita ke neraka Allah SWT. Di Akhirat kelak kita akan menyesal dan mengharapkan agar kita dilahirkan semula sebagai tanah kerana sebagai tanah tidak memungkinkan kita memegang jawatan dan peranan yang membawa kita ke neraka. 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان  نزرين مُعِزُّ الدِّيْنِ شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن اَلْمَغْفُوْرُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Sunday, February 23, 2014

Khutbah ; Perangi Golongan Anti Hadis



“PERANGI GOLONGAN ANTI HADIS”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (الحشر:٧)


Dan apa sahaja yang dibawa oleh Rasul hendaklah kamu ambil dan apa sahaja yang ditegah oleh Rasul hendaklah kamu jauhi.


أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ  وَاَصْحَابِهِ  وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !   اِتَّقُواْ  اللَّهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ  وَلاَتَمُوْتُنَّ  إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ


SIDANG JUMAAT YANG DIHORMATI,


Saya memperingatkan diri saya sendiri khususnya dan sidang Jemaah sekelian agar kita sentiasa menginsafi diri bahawa hakikatnya diri kita semua semakin hampir untuk dijemput menemui Allah SWT. Marilah kita berfikir sudah cukupkah bekalan kita untuk menemui Nya? Oleh sebab itu tiada cara lain untuk membuat persediaan ini dan janganlah bertangguh-tangguh lagi, marilah sama-sama kita meningkatkan usaha kita mentaati segala perintah Allah dan berusaha bersungguh-sungguh menjauhi dan meninggalkan segala larangannya.


MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Masyarakat Islam sentiasa berhadapan dengan berbagai ancaman daripada musuh-musuh Islam samada dalam bentuk fizikal, kerohanian dan pemikiran. Walaupun secara fizikalnya Umat Islam diganyang di serata dunia, namun ancaman pemikiran yang turut kita hadapi pada hari ini bukanlah satu ancaman yang boleh dipandang ringan. Malah dari segi kesan jangka panjang, ancaman pemikiran ini jauh lebih perlu dibimbangkan lantaran kesannya menjalar bukan sahaja memjejaskan amalan dan ibadat ummat malah boleh menjejas aqidah ummat sehingga menjejaskan nasib kita di akhirat.


MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,


Di antara ancaman besar terhadap pemikiran dan aqidah Umat Islam pada hari ini adalah serangan pemikiran golongan anti hadis yang sesat dan menyesatkan. Isu yang terbaru dan hebat diperkatakan pada hari ini adalah kenyataan tokoh anti hadis, Dr Kassim Ahmad dalam Program anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana yang dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamadyang begitu jelas menampilkan pemikiran anti hadisnya dan menyebarkan fahaman sesat beliau.


SIDANG JUMAAT SEKELIAN,


Nama Kasim Ahmad bukanlah nama baru dalam persoalan ini. Melalui buku tulisan beliau; Hadis - Satu Penilaian Semula yang diharamkan pada tahun 1986, sepakat ulamak menganggap beliau sebagai sesat sehingga beliau menyepikan diri dan mula menonjolkan diri semula dengan pemikiran dan iktikad yang sama.

Melalui penulisan-penulisannya laman sosial beliau menyenaraikan berbagai kesilapan Umat Islam. Antaranya adalah seperti berikut :

(1) Umat Islam pada hari ini mengikut satu kasta paderi yang dipanggil ulama sebagaimana penganut-penganut agama Hindu dan Kristian dulu. Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat khalifah rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri mereka sendiri sebagai pentafsir ugama kepada umat Islam.

(2) Mereka mendewa-dewakan pemimpin ugama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka. Dalam puak ahli sunnah wal jamaah, empat pemimpin besar boleh dikenal pasti, iatu : Imam Shafi’e (767-820), Imam Hanafi (699-767), Imam Hanbali (780-855) dan Imam Maliki (711-795). 

(3) Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. Juga di kebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa‘sa’al-Lallahu ‘alaihi wasallam’ (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut ‘alihissalam’. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran.

(4) Tiga puluh tahun dulu, wanita-wanita Islam tidak memakai tudung. Mereka memakai selendang, sehelai kain yang mereka letak di bahu, atau pun di atas kepala tanpa menutup semua rambut, kerana rambut bukan ‘aurat wanita. Menutup rambut dengan bertudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk. Dengan lain perkataan, ia tidak sihat. Kassim juga berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk. 


SIDANG JUMAAT SEKELIAN,


Allah menegaskan dalam firmanNya: 

مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ (النساء:٨٠)
Barangsiapa yang taat kepada rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah.

Rasulullah saw menjelaskan peranan ulamak dalam hadisnya :

إنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ

Sesungguhnya Ulama’ pewaris para nabi.
(Hadis Sohih riwayat Imam Tarmizi).


MUSLIMIN MUSLIMAT SEKELIAN,


Akibat menolak hadis dan menggunakan akal fikiran semata-mata beliau mengeluarkan pandangan yang tidak munasabah sama sekali. Kalau rambut tidak perlu ditutup semata-mata kerana ianya perlu dibasuh ketika wudhuk nescaya seluruh badan juga tidak perlu ditutup kerana kita diperintah untuk membasuhnya ketika mandi hadas. 

Kerana menyangka bahawa pemikiran mereka begitu bagus, maka mereka mencabar para ulamak untuk berdebat. Ini adalah kaedah mereka untuk mencari populariti. Golongan seperti ini tidak layak langsung untuk dibawa berdebat ibarat mereka yang mendakwa 2 campur 2 bersamaan dengan 5. Lalu mereka mendakwa itu hak kebebasan mereka untuk menyuarakan pendapat dan mengajak sesiapa sahaja untuk berdebat dengan mereka. Janganlah kita membuang masa berdebat dengan golongan seperti ini melainkan selayaknya bagi mereka disumbat ke penjara sehingga mereka bertaubat atau mati dalam mempertahankan kesesatan mereka.

بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِوَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ،والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ  وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.



Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ  الْقاَئِلِ :

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن

 قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu, menjadi penolong-penolong, dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al-Maidah, ayat 57).

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ



SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Kerajaan mesti bertindak tegas bagi menghapuskan golongan anti hadis ini dari bumi bertuah ini. Menolak hadith sekaligus menolak baginda nabi Muhammad salla allahu ‘alaihi wasallam sebagai pentafsir ayat-ayat mujmal dan ringkas dalam Al-Quran. Menolak hadith bererti menolak Al-Quran kerana Allah memerintahkan nabi menjelaskan Al-Quran kepada manusia. Penjelasan nabi datang dalam bentuk hadith dan sunnahnya. Al-Quran sendiri disampaikan kepada kita melalui lisan para sahabat yang turut meriwayatkan hadis. Maka jika kita meragui riwayat para sahabat maka kita juga terpaksa menolak Al-Quran yang juga dibawa oleh mereka. 

Jelaslah bahawa sesiapa yang menolak hadith adalah juga menolak Al-Quran dan iktiqad sebegini membawa kepada murtad secara pasti. Ikutilah sunnah para Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendahulukan tugas memerangi golongan sesat berbanding tugas-tugas lain sebaik sahaja mendapat kuasa pemerintahan.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ،وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawangwww.4shared.com




Thursday, February 13, 2014


KHUTBAH JUMAAT - 14 FEBRUARI 2014/14 RABIUL AKHIR 1435H


“HARAM MERAIKAN HARI VALENTINES”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ (١٤)


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)- Ali Imran : 14.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...