اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ:
أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ
وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ
(آل عمران:83)
Apakah mereka mencari selain dari agama Allah sedangkan telah
tunduk berserah diri segala yang ada di langit dan di bumi samada secara rela
dan secara paksa. Dan kepadaNyalah mereka dikembalikan.
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا
اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا
رَسُوْلُ
الله.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى
يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا
اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang
Jumaat Sekalian,
Islam menghadapi berbagai-bagai cabaran samada
daripada musuh-musuh Islam mahupun umat Islam sendiri yang Islamnya hanya atas nama semata-mata. Walaupun negara kita
pernah diisytiharkan sebagai sebuah Negara Islam, agama negara adalah Agama
Islam namun sikap umat Islam sendiri yang tidak pernah bersungguh-sungguh untuk
mempertahankan kedaulatan Islam menjadikan Islam sebagai agama yang semakin
terancam. Ini ditambah lagi dengan serangan berterusan daripada musuh-musuh
Islam yang kini lebih banyak didokongi oleh golongan yang hanya mengaku Islam
tetapi iktikad, pendirian dan hala tuju perjuangan mereka semata-mata untuk
menghalang Islam daripada terus menyekat mereka dari memperhambakan diri kepada
hawa nafsu mereka. Mereka hanya menggunakan Islam untuk mendapatkan layanan
baik terhadap mereka dan menggunakan Islam bahkan agar orang lain beradab
dengan mereka tetapi dalam masa yang sama mereka tidak pernah beradab dengan
Allah SWT dan RasulNya, apatahlagi berakhlak dengan akhlak Islam jauh sekali mengamalkan
ajaran Islam sepenuhnya. Mereka mentafsirkan Islam sesuka hati mereka dan
menyalah tafsirkan Islam bagi melunakkan pandangan masyarakat terhadap mereka.
Dalam masa yang sama, mereka menolak segala ajaran Islam yang menyekat nafsu
syahwat mereka.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Antara ancaman yang sedang dihadapi oleh umat
Islam di negara ini ialah usaha menghalang Islam dikuatkuasakan walaupun ke
atas Umat Islam sendiri. Mereka memperkudakan sistem kehakiman negara untuk
tunduk kepada kehendak nafsu mereka. Ini dilaksanakan dengan menyeret urusan
agama dan ketetapan tuhan untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil yang tidak
berasaskan agama. Bermula dengan usaha mencabar Institusi Fatwa yang telah
mengeluarkan fatwa sehinggalah kepada tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang
mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992
sebagai bercanggah dengan perlembagaan. Kedua-dua tindakan ini walaupun
kelihatannya seperti mempertahankan hak asasi manusia tetapi hakikatnya adalah
pencabulan kepada hak Allah SWT sebagai kuasa tertinggi dalam menetapkan hukum
terhadap hamba-hambaNya. Undang-undang dunia disalahgunakan semata-mata untuk
mencabar kuasa Allah ke atas umat Islam sendiri.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Di samping
kita berusaha memartabatkan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang yang
menjamin hak asasi setiap warganegara, kita juga wajib melihat Perlembagaan
Persekutuan dari sudut roh keagamaan dan semangatnya dalam menjamin kedaulatan
Islam di negara ini. Hak asasi hanya satu sudut kecil
daripada perkara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi tidaklah
sampai menafikan kedaulatan Islam dan hak umat Islam untuk mengamalkan Islam.
Perlembagaan telah menetapkan Islam sebagai Agama Persekutuan dan urusan
keagamaan diletakkan di bawah bidangkuasa negeri yang dinaungi oleh Raja-Raja
Melayu. Sebarang bentuk pencabulan terhadap urusan pentadbiran Hal Ehwal Agama
adalah merupakan satu penderhakaan terhadap raja dan sultan yang memerintah
negeri-negeri.
Sidang Jumaat
yang dirahmati Allah,
Perkara 121(1A) Perlembagaan
Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak ada kuasa pada
hal-hal yang dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ini menunjukkan bahawa
Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa tertinggi dalam menetapkan sesuatu kes
berkenaan Hal Ehwal Islam sebagaimana yang telah diputuskan dalam dua penghakiman Mahkamah Persekutuan yang terdahulu iaitu
kes Sulaiman Takrib dan Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur.
Keputusan tersebut juga adalah tidak sejajar dengan beberapa peruntukkan
Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3 yang meletakkan Islam bukan sekadar
agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan. Mahkamah Rayuan sepatutnya perlu
mengambil kira norma masyarakat Melayu Islam yang merupakan teras kepada jati
diri kebangsaan. Islam dan Melayu merupakan sebahagian daripada struktur asas
yang membentuk Perlembagaan Persekutuan. Memusnahkan struktur asas ini akan
mengakibatkan jati diri dan kerangka
Perlembagaan Persekutuan itu sendiri terpecah. Namun malangnya
peruntukan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan ini sentiasa
dicabar oleh musuh-musuh Islam
dari semasa ke
semasa. Maka kedaulatan Islam hanya dapat dipertahankan jika semua yang terlibat mempunyai jati diri Islam yang
kuat dan sentiasa berusaha untuk menghayati Islam sepenuhnya.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ
وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ
مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ
العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ
لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا
عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ
مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ
الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (التوبة:111)
Sesungguhnya Allah
telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan
syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh
atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,
Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain)
daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan
itu, dan itulah kemenangan yang besar.
اَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ
وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا
عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ،
فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dihormati
Islam
memerlukan dan menuntut semua penganutnya berjuang dan berjihad demi memastikan
kedaulatannya di muka bumi. Umat-umat terdahulu telah mengorbankan segala yang
mereka miliki demi memartabatkan Islam sehingga kita semua mendapat rahmat dan
hidayah dari tuhan. Amat jauh bezanya Umat Islam yang ada hari ini yang bukan
sahaja tidak pernah bersungguh-sungguh menyumbang untuk memartabatkan Islam
malah memandang ringan segala ancaman terhadap kedaulatan Islam. Dengan corak
kehidupan kita yang sambil lewa dalam melaksanakan ajaran Islam, kita tanpa
segan silu mendakwa bahawa Islam kita begitu sempurna dan mengharapkan syurga.
Hamba-Hamba Allah sekelian,
Walau
setinggi mana kelulusan kita, walau sehebat mana jawatan kita, walau siapapun
kita, tidak ada nilainya di sisi Allah SWT jika kita gagal menjalankan peranan
kita sebagai Hamba Allah. Setiap hukum yang kita putuskan
bercanggah dengan keputusan Allah, setiap tafsiran mengenai Perlembagaan
Persekutuan yang menafikan Hak Allah, setiap sokongan dan bantuan kita kepada
golongan yang memusuhi agama Allah, setiap apa sahaja yang kita usahakan yang
membawa masalah kepada agama Allah, akan dinilai dan menjadi tiket untuk kita
ke neraka Allah SWT. Di Akhirat kelak kita akan menyesal dan mengharapkan agar
kita dilahirkan semula sebagai tanah kerana sebagai tanah tidak memungkinkan
kita memegang jawatan dan peranan yang membawa kita ke neraka.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ،
وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ
أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ
وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ
انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ
وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ
أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ
يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ
أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ
أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا
مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا
مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا
عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ
وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان نزرين
مُعِزُّ الدِّيْنِ شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن اَلْمَغْفُوْرُ
لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ. إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي
الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم
لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ
عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ
اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
No comments:
Post a Comment