Monday, February 28, 2011

Pilihan Raya Kecil Asas Pembangunan Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di Temerloh.

( http://www.malaysiakini.com/news/157221 )

Entah kenapa terlalu banyak pilihanraya kecil berlaku selepas Pilihanraya Umum Ke 12 ini. Allah Maha Mengetahui apakah hikmah di sebalik kejadian ini. Namun apa yang pasti terlalu banyak nikmat pembangunan yang diperolehi oleh penduduk tempatan setiap kali Pilihan Raya Kecil diadakan.

Thursday, February 17, 2011

Khutbah: Hidup Perlukan Pengorbanan (Kejatuhan Husni Mubarak)


اَلْحَمدُ ِللهِ اْلقَائِلِ :

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلاَ إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ - البقرة : 214

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.

فيا عِبَادَ الله اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bertaqwalah kita kepada Allah dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Dan janganlah kita mati kecuali kita dalam keadaan berakidah Islam, dan istiqamah dengan amalan Islam hingga ke akhir hayat. Dalam ayat di atas Allah berfirman dengan maksudnya:

Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan memasuki syurga, padahal kamu belum lagi diuji sebagaimana Umat terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa mala petaka dan kesengsaraan, dan digoncang sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman bersamanya; bilakah akan datang pertolongan Allah. Ingatlah bahawa pertolongan Allah itu amat hampir.

Sidang Jumaat Sekelian,

Sebab turunnya ayat di atas adalah sebagimana Khabbab bin Al-Aarat berkata; Kami mengeluh, wahai Rasulullah : Kenapa tidak engkau memohon pertolongan atau kemenangan untuk kami. Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami. Maka sabda Rasulullah saw :

إِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانَ أَحَدُهُمْ يُوْضَعُ الْمِنْشَارُ عَلَى مَفْرِقِ رَأْسِهِ فَيَخْلُصُ إِلَى قَدَمَيْهِ لاَ يَصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِيْنِهِ وَيُمَشِّطُ بِأَمْشَاطِ الْحَدِيْدِ مَا بَيْنَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ لاَ يَصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِيْنِهِ. ثُمَّ قَالَ : وَاللهِ لَيُتِمَنَّ الله ُهَذَا اْلأَمْرَ حَتىَّ يَسِيْرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ لاَ يَخَافُ إِلاَّ الله َ وَالذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ وَلَكِنَّكُمْ قَوْمٌ تَسْتَعْجِلُوْنَ.

Sesungguhnya umat sebelum kamu ada seorang dari mereka yang disiksa, diletakkan gergaji di kepalanya, lalu dia digergaji hingga ke kakinya, yang demikian itu tidak memalingkannya daripada agamanya. Ada juga yang disikat kulitnya hingga mengelupas daging dari tulangnya, yang demikian itu tidak juga memalingkannya daripada agamanya. Demi Allah, pasti Allah akan menyempurnakan urusan ini, sehingga orang yang berjalan dari Sanaa’ (Yaman) menuju Hadramaut, tiada yang ditakutinya kecuali Allah dan kebimbangan terkaman serigala terhadap kambingnya. Tetapi kamu tidak sabar dan terlalu terburu-buru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...