Tuesday, April 12, 2011

Khutbah Hari Keputeraan Sultan

(22 Rabiulawwal 1432 / 25 Februari 2011)

"KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK "

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَـٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍۢ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ خَيْرٌۭ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ﴿٥٩﴾ - النساء : 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan RasulNya (Sunnah,) jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya

أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ الاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .

اَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah sekelian,

Marilah kita bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang telah kita kecapi selama ini dengan berusaha menambahkan ilmu dan amal serta ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Marilah kita melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T dan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulullah saw serta berusaha mengamalkan segala sunnahnya, mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada 19 April 2011 ini, sebagaimana tahun-tahun yang lalu, kita meraikan Sambutan Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, sebagai Raja dan Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Sultan, Raja atau Khalifah adalah penyambung kepada tugas kenabian dalam menjaga agama dan mentadbir negara. Di saat kewafatan baginda Rasulullah saw, sebahagian besar sahabat meninggalkan pengurusan jenazah baginda untuk diuruskan oleh ahli-ahli bait semata-mata untuk membincangkan perlantikan khalifah bagi menggantikan tugas Rasulullah sebagai Ketua Negara. Ini menunjukkan betapa pentingnya khalifah dalam sesebuah negara dan rakyat tidak seharusnya hidup tanpa pemerintah walaupun sedetik dalam hidupnya. Atas dasar amanah yang besar inilah menyebabkan martabat raja dan pemerintah diangkat oleh Allah melebihi kedudukan rakyat biasa. Golongan yang paling utama akan mendapat naungan Allah di Akhirat kelak adalah Sultan, raja atau pemerintah yang memerintah dengan adil. Rasulullah saw bersabda sebagaimana yang dirakamkan dalam Sohih Imam Bukhari :

Saturday, March 26, 2011

Khutbah: Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing (Hari Polis Kali Ke 204)


اَلْحَمدُ ِللهِ الَّذِيْ بَعَثَ رَسُوْلَهُ ِلإِتْماَمِ مَكَارِمِ اْلأَخْلاَقِ لِيُخْرِجَ الناَّسَ مِنَ الظُّلُماَتِ اِلَى النُّوْرِ وَيَهْدِيْهِمْ اِلَى سَعاَدَةِ الدَّارَيْنِ
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
فيا عِبَادَ الله اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bertaqwalah kita kepada Allah dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Dan janganlah kita mati kecuali kita dalam keadaan berakidah Islam, dan istiqamah dengan ajaran Islam dan berada dalam perjuangan menegakkan Syariat Islam hingga ke akhir hayat kita.

Sidang Jumaat Sekelian,
Di antara prinsip utama dalam Syariat Allah adalah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Dalam Surah Ali Imran ayat 104, Allah telah mewajibkan kepada Umat Islam untuk melaksanakan amanah ini kepada orang-orang yang beriman bagi mendapatkan kejayaan :

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ   

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Atas dasar ini, maka tertubuhnya Pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah berusia 204 tahun pada 25 Mac 1897.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tugas menjaga keselamatan negara berkait rapat dengan tuanggungjawab mencegah kemungkaran daripada berlaku dalam masyarakat secara berleluasa. Tugas ini walaupun merupakan tanggungjawab semua umat Islam, namun ianya adalah tugas asasi bagi pihak pemerintah dan kerajaan yang berkuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...