Monday, March 01, 2010

Hayalan seorang pejuang

Bekas Timbalan Ketua Menteri 11 Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohd Fairus Khairuddin secara rasminya pula menyertai Umno. Fairus membuat pengumuman tersebut di majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Ampang. Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang menghairankan memandangkan beliau berhadapan dengan siasatan kes oleh SPRM.


Sebagai orang yang berada dalam tahap biasa tanpa sebarang keistimewaan yang menonjol, alasan yang diberi masih sama seperti orang lain, biasa dan melucukan. Apakah beliau boleh menyenaraikan sumbangannya selama ini apabila mengatakan keputusannya keluar dari PKR adalah atas dasar untuk mempertahankan prinsip perjuangan untuk agama, bangsa, tanahair dan kepentingan rakyat Malaysia.
 
Keputusannya untuk menyertai Umno dibuat selepas mempertimbang perkembangan sejak tiga bulan lalu ekoran kontroversi isu Allah. Beliau mendakwa bahawa pendirian PKR dalam isu tersebut adalah mengecewakan dan bercanggah dengan perjuangan parti itu. Apakah relevannya menyertai UMNO yang banyak merosakkan Islam walaupun ternyata PKR mengkhianati perjuangan Islam.
Bagaimana mungkin orang yang dicalonkan sebagai wakil rakyat bagi sesuatu parti hanya menyedari mengenai prinsip perjuangan partinya sendiri hanya sekadar satu isu yang beliau sendiripun entah faham atau tidak kedudukannya yang sebenar mengikut Syarak.
UMNO berjaya merampas wakil pembangkang dengan seribu satu cara tetapi tidak mungkin mampu memberikan kepercayaan kepada mereka yang berakal dengan alasan yang begitu dangkal dan nyata memperbodohkan rakyat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...