22 Mac 2010 merupakan hari yang amat indah di antara hari-hari yang aku lalui sepanjang perkhidmatanku. Sebelum ini aku bebas berkata ; Aku tak terhutang budi dengan kerajaan negeri ; selain gaji tiada apa keistimewaan sebagai pegawai kerajaan yang aku dapat. Setakat gaji keje dengan cina sayorpun dapat gaji jugak. Hari ini aku dimaklumkan secara lisan oleh Timbalan, bahawa aku terpilih untuk menerima anugerah menunaikan Fardhu Haji percuma pada tahun ini. Tidak ada sebarang perancangan bagi melaksanakan tuntutan tersebut dalam masa terdekat. Namun sebagai seorang Islam, walau tersentak dengan berita yang menggemparkan ini, namun kesyukuran yang teramat sangat tetap kupanjatkan ke hadrat Ilahi. Tak tergambar rasanya perasaan ketika mendengar teman-teman bergebang mengenai tanah haram, tanpa kemampuan untuk mencelah. Kebimbangan sedikit timbul jika berlaku kontroversi dalam pemilihan, namun aku berharap agar teman-teman tidak mempertikaikan. Semoga dipanjangkan umur sehingga hari yang ditetapkan. Kepada semua teman-teman dan sahabat handai, maafkan atas segala dosa dan kesalahan.
1 comment:
salam moga diredhai dan dirahmati oleh allah.......
alhamdulillah dan tahniah kerana dapat peluang untuk menunaikan rukun islam kelima, doakan saya supaya dapat melayari rumahtangga dengan qanaah serta tidak mensyirikkan allah serta mempunyai zuriat yang tidak menyukutukan allah s.w.t.
hanamichi akira
Post a Comment