Wednesday, December 19, 2012

KONVENSYEN FIQH JENAYAH SYARIAH: PEMAHAMAN DAN PELAKSANAAN DI MALAYSIA


FAKTA-FAKTA PENTING DARI KONVENSYEN
 
1, Undang-undang Jenayah Syariah di negara ini belum boleh dikatakan sempurna. Peruntukan kesalahan yang ada di bawah enakmen kesalahan jenayah sesuai dikategorikan sebagai taazir sahaja.
2. Peruntukan Perkara 3(1) di atas membuat deklarasi yang jelas mengenai kedudukan Islam sebagai agama bagi negara. Halangan yang dikatakan wujud oleh perlembagaan itu sebenarnya tidak dinyatakan secara ekspresif. Jika kita mengambil semangat bahawa urusan hal ehwal Islam dan mahkamah syariah adalah urusan negeri, maka pentafsiran yang berfaedah bagi Islam hendaklah dibuat.
3. Perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islamsebagaimana pada tahun 1983, Parlimen meluluskan Akta Bank Islam 1983 dan diikuti dengan Akta Takaful pada tahun 1984. Kedua-duanya kekal hingga sekarang.
4. Halangan yang jelas adalah di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Pindaaan) 1984 yang menghadkan bidang kuasa Mahkamah Syariah sekadar penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.
5.  Kewujudan EKJS (II) Kelantan 1993 dan EKJS Terengganu (Hudud dan QIsas) 2001 menunjukkan cita-cita dan harapan untuk melaksanakan hukuman berkaitan hudud dan qisas terhadap orang Islam di negeri Kelantan dan Terenggganu. Namun, selepas diluluskan di peringkat Dewan Undang Negeri, ia masih belum diwartakan untuk pelaksanaan kerana berhadapan dengan pelbagai masalah membabitkan perundangan, kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri dan sebagainya.
6. Kanun Keseksaan melalui Seksyen 300 yang memperuntukkan kesalahan membunuh dengan sengaja, dimana hukuman yang dikenakan ialah hukuman bunuh di bawah seksyen 302. Ini memenuhi sebahagian daripada Hukum Qisas.  Maka pindaan dan tambahan pada undang-undang sedia ada sahaja yang diperlukan.
7. Ketiadaan “Political Will” merupakan masalah terbesar bagi pelaksanannya berdasarkan kenyataan pe,I,pim yang memegang tampuk pemerintahan seperti berikut :
a.    Perdana Menteri sekarang sendiri dipetik sebagai pernah berkata: “Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. Walaupun hukum tersebut adalah undang-undang Tuhan, namun pelaksanaannnya perlu berasaskan kepada realiti.”(Utusan Malaysia).
b.    Ucapan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed :
 
Ø  “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” (14 Ogos 1994).
Ø  18 Ogos 1991, dalam satu wawancara, beliau berkata:
“Perlaksanaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan”.  (Utusan Malaysia).
Ø  Dalam ucapan beliau di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Parti Gerakan yang ke-30 pada 29 September 2001, mantan Perdana Menteri dilaporkan sebagai berkata:
UMNO wishes to state loudly that Malaysia is an Islamic country. This is based on  the opinion of the ulamaks who had clarified what constituted as Islamic country. If Malaysia is not an Islamic country because it does not implement the hudud, then there are no Islamic countries in the world. (Thomas,2006)
 
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...