Thursday, June 09, 2011

Khutbah: Kewajipan Mencari Makanan Yang Halal

اَلْحَمْدُ للهِ اْلقَائِلِ :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُلُوا۟ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقْنَـٰكُمْ وَٱشْكُرُوا۟ لِلَّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ    ﴿١٧٢﴾ – البقرة :172
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.


فيا عِبَادَ الله اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.



Sidang Jumaat yang dihormati,

Bertaqwalah kita kepada Allah dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah dan RasulNya. Janganlah kita mati kecuali kita dalam keadaan benar-benar Islam. Rasulullah saw bersabda :

 اَْلحَلاَلُ بَيِّنٌ وَاْلحَرَامُ بَيِّنٌ  وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ
Perkara halal itu jelas danperkara haram juga jelas. Di antara keduanya ada perkara yang diragukan


Sidang Jumaat Sekelian,

Sekali lagi kita dikejutkan dengan isu pemakanan yang bercampur dengan sesuatu yang haram. Namun isu yang berlaku baru-baru ini agak ganjil kerana bir yang biasanya diketahui sebagai haram telah dihalalkan, seolah-olahnya memberi peluang peluang kepada Umat Islam untuk merasai dan menghayati nikmat meminum arak tanpa merasa berdosa terhadap Allah. Isu ini tidak sepatutnya berbangkit kerana tidak ada keperluan langsung untuk meminum bir tersebut, kerana sudah terlalu banyak minuman halal yang ada di pasaran. Jika benarlah ianya halal, maka tidak ada keperluan langsung untuk dinamakannya sebagai bir. Ianya hanya semata-mata bertujuan untuk mempermainkan Hukum Allah disamping menguji jati diri umat Islam pada hari ini.

Monday, June 06, 2011

Hikmah di sebalik kemenangan Abang Mat

Kemenangan Tuan Haji Mohammad bin Sabu atau lebih glamour dengan panggilan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS adalah sesuatu yang menjadi pebualan hangat bukan sahaja di kalangan anggota dalaman PAS malah turut menimbulkan reaksi yang berbagai dari pihak UMNO. Berbagai pujian dinukilkan oleh pihak yang menjadikan beliau sebagai wira sehingga menampakkan seolah-olah beliaulah yang akan membawa perubahan besar dan akan menyelamatkan PAS daripada kesilapan selama ini.

Bagi pihak yang bersikap pesimis terhadap beliau melahirkan kebimbangan terhadap kemenangan tersebut. Antara kebimbangan yang paling besar adalah kecenderungan beliau terhadap gerakan Syiah yang merupakan musuh tradisi kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan Umat Islam di rantau ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...