Monday, June 06, 2011

Hikmah di sebalik kemenangan Abang Mat

Kemenangan Tuan Haji Mohammad bin Sabu atau lebih glamour dengan panggilan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS adalah sesuatu yang menjadi pebualan hangat bukan sahaja di kalangan anggota dalaman PAS malah turut menimbulkan reaksi yang berbagai dari pihak UMNO. Berbagai pujian dinukilkan oleh pihak yang menjadikan beliau sebagai wira sehingga menampakkan seolah-olah beliaulah yang akan membawa perubahan besar dan akan menyelamatkan PAS daripada kesilapan selama ini.

Bagi pihak yang bersikap pesimis terhadap beliau melahirkan kebimbangan terhadap kemenangan tersebut. Antara kebimbangan yang paling besar adalah kecenderungan beliau terhadap gerakan Syiah yang merupakan musuh tradisi kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan Umat Islam di rantau ini.

 
Mungkin palitan sejarah pembabitan beliau  ditangkap berkhalwat beberapa tahun dahulu sudah tidak sangat diperkatakan walaupun beliau dibebaskan hanya atas alasan teknikal pertuduhan.

Samada benar atau tidak beliau menganut fahaman Syiah hanya beliau yang dapat mengesahkan. Namun bukanlah satu yang menghairankan bagi mana-mana golongan yang tidak mempunyai asas agama yang kuat untuk menjadi pendokong kepada Syiah yang digambarkan kepada masyarakat dunia sebagai musuh no.1 kepada barat. Tanpa rasa kepekaan untuk menjaga kesucian aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah menyebabkan golongan yang mempunyai asas agama yang kuat sekalipun tidak akan merasakan ancaman Syiah kepada Umat Islam kerana merasakan ada ancaman yang lebih berbahaya iaitu barat.

Walaubagaimanapun, bagi PAS yang mempunyai dasar kepimpinan ulamak yang jelas diperuntukkan di dalam perlembagaannya, kebimbangan ini tidak sangat perlu diperbesarkan. Dengan hanya sebagi Timbalan Presiden, malah Presiden sendiripun, tiada apa yang mampu dilakukannya jika sekiranya benar beliau mahu menerapkan budaya dan fahaman Syiah di dalam PAS. Walaupun ada di kalangan ahli dan pimpinan PAS yang berfahaman Syiah, namun umum masih menganggap Syiah sebagai terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. PAS mempunyai pihak berkuasa tertinggi iaitu Majlis Syura Ulamak yang akan menjadi benteng menyekat pengaliran fahaman Syiah di kalangan ahli dan pimpinan PAS. Tidak akan ada kemungkinan fahaman Syiah diterima sebagai salah satu kepelbagaian fahaman yang boleh diamalkan dan disebarkan secara terbuka di dalam parti. PAS juga tidak akan terlepas dari tindakan pihak berkuasa agama yang sdang mengorak langkah memerangi fahaman Syiah di kalangan umat Islam di negara ini.

Apa yang pasti, Mat Sabu yang digeruni kerana kesetiaannya kepada parti, keberaniannya berdemontrasi, kelancangannya menyatakan kebenaran dan "memaki" mereka yang layak menerima makian, kemesraannya dengan rakyat jelata di peringkat tertinggi dan bawahan, pastinya menjadi aset yang amat berguna kepada PAS dalam menghadapi suasana pilihanraya akan datang. Berbeza dengan golongan professional yang dikaitkan dengan istilah erdogan, Mat Sabu dilihat masih menghormati Ulamak dan tidak pernah menafikan peranan ulamak berbanding erdogan yang sering memperlihatkan kononnya hanya mereka sahaja yang berfikiran terbuka, progressif dan diterima masyarakat.    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...