Sunday, August 02, 2009

Alhamdulillah, Melayu Masih Bermaruah



XPDC penduduk Taman Lapangan SSI ke Hutan Simpan Belum menyebabkan kami bagai terputus hubungan dengan dunia luar. Namun sebaik bot kami sampai ke Banding, mesej mengenai tangkapan Demo GMI telah sedia ada di dalam HP. Walaupun sedih dengan tangkapan tersebut, namun ianya bukanlah suatu yang menghairankan. 

Hujah standard digunakan sebagaimana biasa oleh media untuk memperbodohkan rakyat. Antaranya mengatakan kesusahan orang ramai dengan kejadian tersebut. Apakah penutupan jalan untuk berbagai tujuan termasuk apabila ada perlawanan acara sukan atau penganjuran konsert artis tidak menyusahkan rakyat. Demi mencari kebaikan, kesenangan pihak yang sedang berada dalam kemewahan wajiblah dikorbankan. Rasulullah saw amat banyak menyusahkan orang ramai dalam menyebarkan Syariat Allah.
Ada yang sedih kerana hanya Melayu yang turun ke jalan. Kenapa bangsa lain tidak menunjukkan keperihatinan mereka. Kenapa Melayu menjadi boneka kepada bangsa-bangsa lain. Ini sebenarnya amat membanggakan kerana menunjukkan Melayu lebih cerdik, lebih prihatin dan lebih berani berbanding bangsa lain. Hanya orang yang mempunyai semangat juang sahaja yang mampu berjihad. Kerajaan Islam akan mempertahankan Kafir Zimmi hanya semata-mata dengan sedikit bayaran Jizyah. Selebihnya yang menggadai nyawa adalah tentera-tentera Islam. Apakah ini juga bermakna tentera Islam menjadi boneka kepada Kafir Zimmi.
Berbagai fatwa dikeluarkan oleh ustaz-ustaz termasuk mufti yang menyokong undang-undang ini. Hujah Saidina Omar yang menghukum buang daerah kepada sahabat yang berwajah terlalu cantik sering dijadikan sandaran. Tidak dinafikan sekadar tangkapan tanpa bicara boleh dibincangkan keharusannya. Namun tidak ada khilaf mengenai haramnya penyalahgunaannya. Maka oleh kerana bukan sedikit penyelewengan yang dilakukan dalam perlakanaannya, maka atas dasar mencegah dari berlakunya kemungkaran ( سد الذرائع ) boleh digunakan. Maka wajarlah desakan ini dibuat bagi mencegah daripada berlakunya sebarang penyelewengan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...