Walaupun bukanlah bersahabat baik namun sebagai peminat kepada pemilik suara terbaik negara, tiada kata yang dapat menggambarkan kesedihan mendengar berita yang amat menggemparkan ini tengahari tadi. Secara live kami bertaaruf ketika menganjurkan konsert dakwah di Ipoh beberapa tahun dahulu. Walaupun tidak banyak interaksi bersama beliau, namun ingatan dan keramahannya menegur kami sekeluarga ketika terserempat di sebuah pasar raya di Shah Alam suatu masa dulu amat menyentuh perasaan. Walaupun arwah mungkin tidak mengingati namaku, namun sikapnya yang amat mesra, tanpa ragu menyapa kami menggambarkan kesucian hatinya dalam menjainkan persahabatan. Kini beliau kembali menemui Pencipta dalam usia yang masih muda. Entah kenapa bukan sedikit mereka yang mulia dipanggil oleh Allah dalam masa yang tidak disangka-sangka. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama beliau yang memberikan keceriaan kepada ribuan hati yang gundah gulana. Semoga Allah menerima segala amalannya dan menjadikan setiap kalimah yang dilontarkan melalui nyanyiannya sebagai amalan soleh yang membawanya ke syurga. Negara akan merindui suaranya kerana tidak mungkin lagi mampu mendengar beliau mendendangkan lagu-lagu terbarunya. Mungkinkah kita akan dapat mendengarnya kembali di Syurga Naim suatu masa nanti.
No comments:
Post a Comment