Mungkin ramai yang mengurut dada mendengar ceramah mamat ni. Zahid Md Arip tidak pernah dikenali sesiapa suatu masa dulu. Atas momentum reformasi, dengan menumpang populariti nama Tun Ghaffar Baba dengan mewar-warkan diri sebagai cucu tokoh tersebut beliau diberi tempat berceramah di pentas keadilan di seluruh negara.
Pesan beliau ketika itu ; suatu masa nanti saya mungkin akan berada di pentas UMNO, menghentam reformasi dan mempertahankan UMNO. Jika ini berlaku yakinlah ketika itu saya menjadi sepeti itu mungkin kerana kekejaman ISA atau ada habuan yang disogokkan yang sukar untuk ditolak mentah-mentah. Ketika itu tuan-tuan dan puan-puan ingat dan yakinlah kata-kata saya pada hari ini dan janganlah diyakini kata-kata saya pada hari tersebut.
Maka hari ini segala andaiannya sudahpun menjadi nyata, maka patuhilah amanatnya dulu.
1 comment:
Zahid Arip ni bukan cucu Tun Ghafar seperti mana yang dia claim... adalah satu pembohongan menaja diri beliau sebagai cucu Tun Ghafar.. dia adalah anak buah kepada isteri Tun Ghafar.. Tiada darah daging Tun Ghafar. Tolong jangan kelirukan. Tun Ghafar tiada anak bernama Md Arip. Malah Tun Ghafar pernah membuat polis report terhadap Zahid ni, antaranya mengunnakan nama baik Tun untuk gain political point.
Post a Comment