Nabi saw menyatakan bahawa seorang manusia itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Manusia lain yang mempengaruhinya samada untuk berubah menjadi positif atau negatif. Kadang-kadang amat sukar untuk memahami pemikiran anak kecil yang masih kurang pengaruh luar terhadap mereka.
Ibu bapa dan penjaga mesti berhati-hati dalam menasihati mereka. Pastikan kita memahami keadaan mereka sehingga kita yakin mereka betul-betul faham nasihat kita. Sebagai contoh ikuti kisah yang berlaku kepada seorang budak yang tersalah memahami :
Pada suatu hari, seorang polis bertemu dengan seorang budak menangis di tepi jalan lalu bertanya, "Kenapa adik menangis?" Jawab budak tersebut; "Saya nak lintas jalan ni"…Kata polis tu; " La..tu pun nak menangis ke…Lintas ajelah,bukannya ada kereta lalu pun…jalan lengang ni.." Jawab budak tersebut " Tapi mak kata kalau nak melintas jalan, kena bagi kereta lalu dulu. Dari tadi lagi tak ada kereta yang lalu pun".
1 comment:
Ini pengajaran ke cerita lawak???
Post a Comment