Monday, May 21, 2012

Tak berpengetahuan tetapi bukan bodoh

Kecerdikan dan kepandaian seseorang bukanlah terletak pada rupa paras ataupun sijil yang dimilikinya. Ia bergantung kepada tahap mana dia mampu menggunakan pemikirannya. Sesetengah orang memang tidak mampu menguasai ilmu akademik lalu tercicir dalam persaingan dunia yang mementingkan sijil dan kemahiran. Namun mereka belum tentu tidak mampu berfikir dan jangan dipandang hina. Lihatlah bagaimana mereka berfikir dan cuba menggunakan pemikiran mereka sepenuhnya. Mungkin tidak sama dengan kita namun memadai untuk mereka dan suasana yang mereka berada di dalamnya.


Din memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia ditemuduga oleh Dato' Ismail, Ketua Jabatan Sumber Manusia KTMB. Dato' Ismail memulakan soalan :

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Dato' Ismail.
"Saya akan pindahkan salah satu keretapi ke rel yg lain,"jawab Din.
"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Dato' Ismail lagi.
"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual",jawab Din.
"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?", tanya Dato' Ismail.
"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."jawab Din.
"Kalau telefonnya sedang digunakan?", tanya Dato' Ismail.
"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?" jawab Din.
"Kalau telefon awam rosak?" tanya Dato' Ismail.
"Saya akan pulang mengambil nenek saya." jawab Din selamba.
"hah....nak buat apa ambik nenek awak?" tanya Dato' Ismail kehairanan.
"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar." jawab Din dengan penuh keyakinan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...