اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ لله كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ لله كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ.
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
أعوذ
بالله من الشيطان الرجيم. بسم الله الرحمن الرحيم
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1) وَرَأَيْتَ
النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (2) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ
وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا (3)
Apabila datangnya pertolongan Allah dan
saat kemenangan, kamu akan melihat manusia kembali kepada Agama Allah
beramai-ramai, maka bertasbih lah dengan memuji tuhanMu dan mohonlah keampunan.
Sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada siding Jemaah
sekelian, juga buat diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada
Allah dengan sebenar-benar taqwa. Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada
sesuatu yang lebih tinggi nilainya di sisi Allah selain daripada ketaqwaan
seseorang hamba kepadaNya. Mudah-mudahan kita akan beroleh kebahagiaan di dunia
dan di akhirat.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
Sidang hadirin sekelian,
Sidang hadirin sekelian,
Kedatangan Aidil Fitri untuk kesekian
kalinya disambut dengan gembira. Gema takbir dan tahmid membesarkan serta
menujin Allah oleh seluruh Umat Islam sedunia tidak kira yang berpangkat atau
pun yang berharta, tidak kira yang berdarjat ataupun orang biasa, tidak kira
bangsa atau Negara. Ucapan kalimah ini dilaungkan penuh semangat sebagai tanda
kemenangan gemilang sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dan
para sahabat selepas Berjaya menewaskan musuh dalam Peperangan Ahzab,
Peperangan Badar, Pembukaan Kota Mekah dan beberapa siri peperangan yang lain.
Mereka Berjaya memastikan Islam menjadi agama yang memerintah bukan hanya
sekadar pegangan yang dipermudah. Laungan ini juga sebagai bukti tanda
kesyukuran kita kepada Allah atas nikmat dan anugerah yang dikecapi. Umat
terdahulu terpaksa mengorbankan masa, harta, malah nyawa mereka semata-mata
untuk memastikan Islam tersebar ke serata alam. Sedangkan kita pada hari ini
hanya mengamalkan nya tanpa bersusah payah.
االلهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
Muslimin
Muslimat yang dirahmati Allah,
Negara masih lagi segar dengan suasana menyambut keputusan
Pilihanraya Umum kali ke 14 yang memperlihatkan kepada kita pertukaran Kerajaan
Persekutuan dan beberapa buah Kerajaan Negeri. Ada pihak yang merasakan mereka
mencapai kemenangan dan ada pihak yang merasakan mereka ditimpa kekalahan. Kita
kini menghadapi cabaran yang amat besar
sebagaimana titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan
ketika Majlis Mengangkat Sumpah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang
lalu iaitu untuk menyatukan kembali warga dan rakyat jelata dalam semangat
“Biduk Berlalu Kiambang Bertaut”. Kita tidak seharusnya merasakan bahawa yang
menang, menang semua dan yang kalah, kalah semuanya. Semua pihak perlu kembali kepada Allah dan
memilih pendekatan agama Allah bagi menghadapi kemenangan mahupun kekalahan.
Tidak ada gunanya kita meneruskan sengketa hingga akhirnya yang menang jadi
arang, yang kalah jadi abu. Marilah kita bersama menggembeling tenaga
membangunkan Negara.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
Muslimin yang dirahmati Allah,
Allah telah memberikan panduan kepada
pihak yang menang agar sentiasa bertasbih memuji tuhan agar tidak hanyut dibuai
perasaan. Tanpa ingatan terhadap nikmat Allah yang memberikan kemenangan
tersebut, kita mungkin akan merasa “ujub” dan menganggap kemenangan ini hanya
dating semata-mata hasil kebijaksanaan dan jerih payah kita berusaha tanpa
dikaitkan dengan keizinan dan keredhaan Allah. Ada kemenangan yang mendapat
keizinan dan keredhaan Allah namun ada kemenangan yang hanya diizinkan oleh
Allah tanpa mendapat keredhaanNya. Kemenangan sekali-kali tidak akan dicapai
tanpa keizinan Allah walau sehebat manapun usaha dan kebiojaksanaan manusia. Kemenangan
yang tidak dikaitkan dengan Allah akan menjadikan kita betitu mudah melemparkan
kata-kata nista, cercaan dan hinaan kepada pihak yang kalah. Sering kali Umat
Islam mampu mengingati Allah di saat menghadapi kesusahan, ketika ditimpa
kekalahan dan ketika benar-benar mengharapkan pertolongan Allah, namun bukan
sedikit yang tewas dan melupakan Allah di saat terlepas dari kesusahan, di kala
kemenangan menjelang tiba dan diwaktu Allah memberikan pertolonganNya. Dalam
surah Al-Ankabut Allah SWT berfirman :
فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ
لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ (65)
Tatkala mereka menaiki bahtera (lalu menemui sesuatu
bahaya dilaut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus
ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat,
mereka berlaku syirik kepadanya.
Hadhirin
yang dirahmati Allah,
Selain daripada bertasbih, Allah
memerintah kepada pihak yang menang agar beristighfar memohon ampun dari Allah
atas kesalahan yang mungkin tidak mereka sedari. Kalaupun tidak kerana ujub
yang terlintas di sanubari, mungkin terfikir di fikiran mengenai habuan duniawi
yang bakal diperolehi. Atau mungkin juga keterlanjuran kita menghina dan
memperlekehkan pihak yang tewas.Atau mungkin ada kesalahan yang tidak kita
sedari yang sebenarnya melayakkan Allah membatalkan kemenangan tersebut tetapi
Allah masih mengekalkannya. Jika inilah keadaannya, sesungguhnya Allah
sebenarnya sengaja mahu menguji kita apakah kita bersyukur dengan kemenangan
ini ataupun kita semakin kufur dengan nikmat-nikmat Allah. Firman Allah dalam
surah Ibrahim :
وَإِذْ
تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ َلأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ
عَذَابِي لَشَدِيدٌ (7)
Dan
(ingatlah) ketika tuhan kamu memberitahu : demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku kepada kamu dan jika sekiranya kamu
kufur engkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
Muslimin muslimat sekelian,
Bag pihak
yang menerima kekalahan, inilah masanya kita bermuhasabah, apakah selama ini
kita bersungguh-sungguh melaksanakan perintah Allah, atau ada sebab yang kukuh
untuk kita menerima kemurkaan Allah. Tidak perlulah mengisytiharkan penyesalan
dan kesilapan kita di hadapan manusia. Cukuplah kepada Allah kita menyerah.
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat samada dari pihak yang menang atau dari
pihak yang tewas. Mungkin ada hikmahnya kekalahan ini, kerana memberi peluang
kepada kita untuk mendangar kebenaran yang mungkin dating dari pihak lawan yang
mana selama ini kita nafikan hak kita untuk mendengarnya.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Di antara kelebihan
ibadat puasa adalah ianya akan diganjari oleh Allah tanpa had dan ketentuan
sebagaimana ibadat-ibadat lain. Dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari menyebutkan
:
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي
بِهِ وَلَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Nabi saw
bersabda : Setiap amalan anak Adam adalah bagnya kecuali ibadat puasa.
Sesungguhnya puasa adalah bagiku dan aku sendiri yang akan mengganjarinya. Dan
perubahan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari
bauan kasturi.
Allah dan RasulNya
telahpun memberikan penawar kepada kedua-dua pihak yang menang dan yang kalah.
Sebagaimana ibadat puasa yang akan diganjari oleh Allah sekehendakNya, maka ada
beberapa perkara yang turut boleh kita lakukan bagi mendapatkan ganjaran pahala
sedemikian rupa. Di antaranya adalah istiqamah dengan sifat sabar. Kita
hendaklah bersabar ketika susah dan senang, bersabar ketika suka dan derita,
bersabar ketika tewas dan Berjaya. Firman Allah swt dalam Surah Az-Zumar :
قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ
أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّى
الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ (الزمر:10)
Katakanlah : wahai hamba-hamba yang
beriman, bertaqwalah kepada tuhanmu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini
memperolehi kebaikan. Dan bumi Allah ini adalah luas. Sesungguhnya hanya
orang-orang yang bersabar itu dicukupkan pahala mereka tanpa batasan.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Perkara kedua yang akan diberikan
ganjaran yang tiada hadnya adalah memaafkan dan berbuat baik kepada saudaranya
walaupun ketika berkempen berbagai perkara yang menimpa kita. Ada yang terlajak
menghina, memaki dan mencerca, malah ada yang difitnah sebegitu rupa, namun
kemaafan adalah merupakan dendam yang terindah. Balaslah segala keburukan
saudara kita dengan berbuat baikterhadap mereka. Doakanlah mereka mendapat
hidayah dan tidak lagi menjadi penyambung dan penyebar kepada fitnah dan Allah
pasti memberikan balasannya terhadap dosa-dosa yang sudah.
وَجَزَاءُ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِثْلُهَا فَمَنْ
عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الظَّالِمِينَ (الشورى:40)
Dan balasan
suatu kejahatan adalah kejahatan yang seumpamanya. Maka barang siapa yang
memeafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas kehendak Allah. Sesungguhnya Dia
tidak menyukai orang-orang yang zalim.
Seterusnya
Rasulullah saw menerangkan dalam satu hadis bertaraf Hasan Lighairi (حَسَن
لِغَيْرِه) riwayat Abu Daud yang berbunyi :
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَهُمْ أَنَّ عَبْدًا مِنْ عِبَادِ اللَّهِ قَالَ يَا رَبِّ
لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيمِ سُلْطَانِكَ فَعَضَّلَتْ
بِالْمَلَكَيْنِ فَلَمْ يَدْرِيَا كَيْفَ يَكْتُبَانِهَا فَصَعِدَا إِلَى السَّمَاءِ
وَقَالاَ يَا رَبَّنَا إِنَّ عَبْدَكَ قَدْ قَالَ مَقَالَةً لاَ نَدْرِي كَيْفَ نَكْتُبُهَا
قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَا قَالَ عَبْدُهُ مَاذَا قَالَ عَبْدِي
قَالاَ يَا رَبِّ إِنَّهُ قَالَ يَا رَبِّ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ
وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ فَقَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمَا اكْتُبَاهَا
كَمَا قَالَ عَبْدِي حَتَّى يَلْقَانِي فَأَجْزِيَهُ بِهَا – سنن ابي داود
Hadis
Abdullah Ibnu Umar Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah saw menceritakan kepada
mereka mengenai seorang hamba dari hamba Allah berdoa ; “يَا رَبِّ لَكَ
الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيمِ سُلْطَانِكَ”. Maka
kalimah doa itu menjadikan kedua malaikat merasa berat dan tidak mengetahui
bagaimana untuk menuliskan pahalanya. Lalu mereka naik ke langit dan berkata;
Wahai tuhan kami, sesungguhnya hambaMu telah melafazkan perkataan yang kami
tidak tahu bagaimana untuk menulis ganjarannya. Firman Allah Azza wa Jalla
sedangkan Dia Maha Mengetahui apa yang diucapkan oleh hambaNya. Apakah yang
dikatakan oleh hambaKu itu. Maka kata mereka berdua; sesungguhnya dia
mengungkapkan ; “يَا رَبِّ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَلِعَظِيمِ
سُلْطَانِكَ”. Maka firman Allah Azza wa Jalla ; tulislah mengikut
apa yang dikatakan oleh hambaku itu. Biarkan sehingga dia menemuiku dan aku
sendiri akan memberikan ganjaran kepadanya dengan ucapan tersebut.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
Muslimin
yang dirahmati Allah,
Semoga keputusan pilihanraya umum yang
lalu benar-benar membawa kebaikan kepada semua dan menjadi pemangkin kepada
penyatuan Umat Islam seluruhnya. Yang terbaik bukanlah yang menang atau yang
kalah, tetapi siapakh di antara kita yang mahu menyahut seruan Allah
sebagaimana firmannya :
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي اْلأَرْضِ
أَقَامُوا الصَّلاَةَ وَءَاتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا
عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ - سورة الحج اية (41)
Mereka yang Kami berikan
kedudukan yang tinggi di muka bumi ini nescaya mereka mendirikan sembahyang dan
menunaikan zakat serta menyeru kepada kebaikan dan menegah dari kemunkaran.
Dan bagi Allah akibat segala urusan.
بَارَكَ
اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ
الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ،
وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ،
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ
وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
No comments:
Post a Comment