Mendung hitam yang berarak semenjak petang semalam hanya melimpahkan hujannya selepas pengumuman kemenangan YAB IR Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada petang ini. Ianya seolah-olah mengumpul tenaga untuk membasuh segala kekotoran yang di tinggalkan oleh Barisan Nasional di negeri tercinta ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana sepanjang 3 bulan menunjukkan kuasa aku tidak pernah diizinkan Allah memanggil Dr. Zamri sebagai MB melainkan disandarkan dengan MB Haram. Gambar YAB IR Mohd Nizar Jamaluddin masih terlekat kukuh di pejabat.
Semoga dengan terukirnya sejarah gemilang petang ini, maka akan berakhirlah kemelut yang menghantui negeri tercinta ini. Tidak ada apa yang diminta oleh rakyat kecuali hak membuktikan siapakah yang lebih berhak sebagai pemerintah. Semoga niat suci YAB Nizar bagi memohon DYMM Sultan bagi pembubaran DUN akan diperkenankan. Persoalan majoriti ADUN bukan lagi relevan kerana 3 katak yang melompat itu di tekan atas rasuah yang mereka lakukan. Maka salahkah rakyat menuntuk kembali hak mereka bagi membuktikan sokongan mereka. Jika rakyat memilih BN maka Pakatan Rakyat akan berusaha dalam PRU13.
Ramai yang bertanya apakah benar Bangunan SUK kini di bawah pegawalan FRU. Walaupun tiada sumber yang pasti namun pengalaman kita boleh mengandaikan suasana yang sedang terjadi. Seperti biasa mungkin banyak yang perlu disembunyikan sebelum pejabat Menteri Besar ditinggalkan. Pegawai kanan di SUK mungkin sedang menitiskan airmata untuk berpisah dengan Menteri Besar Haram kesayangan mereka. Dalam masa yang sama kebanyakan kakitangan bawahan mungkin teruja menantikan kedatangan semula Menteri Besar Perak yang dihina di hadapan mata. Dr. Rahman sewajarnya memikirkan untuk bersara jika beliau mementingkan maruah dan harga dirinya.
Pesanan buat semua penyokong Pakatan Rakyat; hayatilah kembali Surah An-Nasr sebagaimana yang pernah kita lalui. Berdoalah agar Allah mengekalkan kemenangan ini sehingga pembubaran DUN diisytiharkan. BN pasti akan melakukan apa sahaja untuk mengembalikan maruah mereka. Hayatilah pesanan Mursyidul Am sepertimana yang diungkapkan :
" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembahyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"
No comments:
Post a Comment