Polis angkat Speaker yang sah keluar dewan Lebih kurang jam 2.41 petang, sekumpulan orang yang berjaket hitam dipercayai anggota polis memeluk dan mengangkat keluar Speaker dari kerusinya dan mengheret keluar dari dewan. Dalam masa yang sama ADUN PR pula cuba mengheret Spekaer Haram keluar dari dewan. Suasana semakin parah dan kecoh. Speaker dilarikan polis. Tindakan nekad dan jahat terus digunakan oleh BN. Speaker bukan sahaja diangkat keluar dewan bahkan dilarikan entah ke mana. Ganesan pula terus ambil alih tugas Speaker dengan kawalan beberapa orang berjaket hitam yang tidak dikenali dengan berlagak samseng. Speaker Haram halau Adun Teja dan Simpang Pulai. Sebaik mengambil alih tugas haramnya, Speaker haram BN terus menghalau Adun Teja dan Simpang Pulai keluar dewan, tetapi tidak diendahkan. Bentara terus menjalankan tugas cuba mengheret mereka keluar.
Walaupun aku sudah meramalkan BN akan melakukan apa sahaja untuk merampas jawatan speaker namun tidaklah sampai menggunakan kaedah samseng yang amat memalukan. Sedangkan jawatan MB sendiripun sanggup dirampas secara tidak bermaruah, maka apa sangatlah kekangannya nak merampas jawatan speaker. Namun kaedah pencolekan secara terang-terangan seperti ini tak mungkin sanggup di lakukan oleh mana-mana kerajaan yang bermaruah. Kalau ini berlaku di Papua New Guiney atau Swaziland mungkin tidaklah begitu memeranjatkan.
Daya juang ADUN PR pada hari ini amat-amat membanggakan. Sekurang-kurangnya mereka membuktikan bahawa mereka memang anak Perak jati di mana darah Dato' Maharajalela masih subur mengalir di tubuh mereka. Entah kenapa hari ini aku rasa amat bangga dilahirkan di Perak kerana telah tercatit sejarah perjuangan rakyat yang begitu hebat walaupun ternyata begitu sukar laluannya. Ingatan bagi sesiapa sahaja di dunia ini, jangan bermain api dengan kami. Bagi pengkhianat rakyat yang mungkin ada susur galur keturunan Birch yang masih ada di sini, ingatlah ! Setiap yang berkuasa akan ada yang lebih berkuasa kerana kita ada Allah yang akan menentukan segalanya.
No comments:
Post a Comment