Terdapat berbagai kisah pelik dan memualkan diceritakan oleh teman-teman berkaitan kehidupan masyarakat Arab. Selain daripada bas yang tidak berhenti betul sehingga memaksa penumpang melompat turun, hinggalah kepada kisah mereka kencing di mana-mana tanpa rasa segan dan silu.
Tak semena-mena ketika menunggu bas di stesyen bas selepas pulang dari kuliah, kisah ini benar-benar dapat aku saksikan. Mujur ketika ini kamera sentiasa aku bawa walau ke mana sahaja. Aksi ini berlaku secara terang-terang tanpa dipedulikan sesiapa.
Ianya membayangkan bahawa perkara ini adalah perkara biasa dan bukanlah sesuatu yang mengaibkan. Ketika ini barulah fikiranku terkenang bau-bau hancing di sesetengah tempat atau lorong yang aku lalui. Oleh kerana kencingnya terlalu lama aku tak sempat memerhati sehingga selesai dia menunaikan hajatnya. Oleh yang demikian, tak dapat nak dipastikan samada dia beristinjak ataupun tidak. Mungkin teman-teman yang lama berada di sini ada jawapan bagi persoalan ini.

No comments:
Post a Comment