Aku merupakan seorang yang amat lemah ketika kecilku. Berada di bawah ketiak emak sehingga meningkat remaja menyebabkan aku menjadi seorang yang tidak mampu berdikari. Aku mengambil masa yang lama untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa. Aku tidak betah membeli di kedai runcit di kampung tanpa ditemani sesiapa. Aku sentiasa bersama emak walau ke mana sahaja kerana aku tidak mampu bermalam walaupun sehari tanpa emak yang aku sayangi.
Latar belakang yang sebegitu, menjadikan hati ini begitu kecil untuk menghadapi dunia yang mencabar. Pemergian ibu menjadikan aku seolah-olah sebatang kara di dunia yang tersendiri. Kasih-sayang yang melimpah bertukar menjadi kehidupan tanpa kawalan ibarat layang-layang terputus tali. Hati ini menjadi begitu lembut, mudah tersentuh dan begitu sensitif. Di sebalik kemampuanku hidup seperti pengemis, mengemis simpati, mengharapkan sesuap nasi dan menumpang kasih sesama ahli keluarga.
Keyakinan diri hanya mampu aku kecapi dalam beberapa period dalam hidupku. Jati diri pertama aku rasai apabila mampu melangkah ke kelas terbaik ketika di tingkatan 2. Sebelum itu aku berada di kelas tercorot kerana aku merupakan calon simpanan yang ditawarkan melalui tawaran ke 3. Ketika itu aku sudah mula belajar tanpa terikut-ikut dengan kaedah teman-teman. Aku merasakan kemampuanku menguasai pelajaran setelah melihat beberapa teman yang seolah-olah begitu sukar untuk menguasainya. Akhirnya aku berjaya mempertahankan kecemerlangan akademikku sehinggalah aku meninggalkan menara gading.
Dunia kerjaya merubah sebahagian dari sikapku yang terdahulu. Tekanan berterusan terhadap Pegawai-Pegawai agama menyebabkan aku menjadi matang melebihi usia perkhidmatanku. Kekuatan akademik yang aku miliki menjadikan aku mudah mengetahui di mana silapnya persekitaran tugas ini. Ini menjadikan aku lebih berani menyanggah tindakan pihak atasan yang aku kesan sebagai separuh matang dalam pengetahuan mereka terhadap tugas dan undang-undang. Mereka dengan mudah menganaktirikan pegawai yang hanya tahu bersetuju tanpa menyelidiki terlebih dahulu. Aku menjadi salah seorang yang dianggap pejuang dalam sesetengah kes yang bagiku hanya sekadar menyatakan apa yang aku tahu.
Sehingga kini ramai yang menganggapku sebagai seorang yang berani, tegas dan mempunyai daya juang yang tinggi. Hakikatnya aku hanya mampu menjadi pemangkin agar teman-teman mampu bersama memperjuangkan hak-masing-masing. Ketakutan dan kelemahanku kini tersembunyi dan terhijab kecuali bagi mereka yang benar-benar mengenali. Di sebalik keberanianku menyanggah pihak atasan yang bertindak garang, aku sering tewas dengan rayuan anak buah yang mengemukakan rayuan. Aku anak bertindakbalas terhadap maki hamun dan kemarahan, namun aku rebah tatkala mendengar keluhan dan esak tangis. Aku hanya mampu bertahan dengan kekasaran dan keganasan, namun aku layu dengan belaian dan pujuk rayu. Aku terpaksa melupakan sebahagian impian dan harapanku, kerana terlalu memikirkan hati dan perasaan seseorang yang aku sayang. Kerana tidak mampu melihat orang yang aku cintai menangis, aku mungkin akan menangis di hati, dan terus akan menangis kerana yang pasti, tiada siapa yang menyedari tangisan itu...

No comments:
Post a Comment