Friday, May 06, 2011

Khutbah: Memelihara Warisan Sejarah Silam (Hari Warisan)

(02 Jamadil Akhir 1432H / 06 Mei 2011M)

“MEMELIHARA WARISAN SEJARAH SILAM”


الْحَمْدُلِلَّهِ الْقَائِلِ،

فَإِن تَنَـٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍۢ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ خَيْرٌۭ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ﴿٥٩﴾ - النساء : 59

أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah !

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.  Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya serta menjauhi segala yang ditegah-Nya, moga-moga kita akan beroleh kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

     Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Atas nama cinta Shah Jehan telah membuktikan kepada dunia kehebatan cintanya dengan meninggalkan Taj Mahal untuk isterinya, Mumtaz Mahal. Atas nama pertahanan negara Tembok Besar Cina telah menjadi kebanggan Dinasti Cina yang sehingga kini dianggap sebagai salah satu keajaiban dunia. Kerajaan Mesir Purba diakui kehebatan tamadunnya berdasarkan kehebatan piramid-piramidnya yang menempatkan mayat para pemimpinnya. Jika kuburnya sahaja sudah begitu hebat, bagaimana pulalah agaknya kehebatan istana firaun ketika hidupnya.

Kita menyaksikan mana-mana empayar, dinasti dan pemimpin dunia yang gagah perkasa seolah-olah berlumba-lumba membina dan mewariskan sesuatu kepada rakyat jelatanya. Maka lahirlah Taman Tergantung di Babylon, Menara condong di Italy, Candi Borobodur di Indonesia, Menara Khalifah di Dubai, termasuk Menara Berkembar KLCC di Malaysia.


Sidang Jumaat sekelian,

Semua tinggalan warisan silam ini tidak akan terus dikunjungi oleh manusia buat selama-lama. Penghayatan terhadap kecantikannya, keindahan senibinanya, kekaguman terhadap teknologinya dan ketakjuban manusia terhadap segala kehebatannya tidak akan bertahan selama-lama.

Apabila wujudnya binaan baru yang mengatasi kehebatannya, maka ianya akan hanya tinggal sebagai catatan sejarah semata-mata. Justeru bagi mengekalkan tarikan dan kehebatannya, ianya perlu dikaitkan dengan kehebatan Allah Tuhan yang Maha Besar Kehebatannya. Ini dibuktikan dengan kekalnya kehebatan dan tarikan kepada manusia terhadap rumah Allah yang mulia. Nabi allah Ibrahim telah mengasaskan Kaabah yang menjadi tarikan kepada seluruh manusia berkurun lamanya sehingga kini.

وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَ‌ٰهِيمَ مَكَانَ ٱلْبَيْتِ أَن لَّا تُشْرِكْ بِى شَيْـًۭٔا وَطَهِّرْ بَيْتِىَ لِلطَّآئِفِينَ وَٱلْقَآئِمِينَ وَٱلرُّكَّعِ ٱلسُّجُودِ ﴿٢٦﴾ وَأَذِّن فِى ٱلنَّاسِ بِٱلْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًۭا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍۢ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍۢ ﴿٢٧﴾

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang). Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. – Al-Hajj : 26-27.

Nabi Muhammad saw juga telah membina Masjid Nabawi di Madinah yang sentiasa dikunjungi jutaan Umat Islam sehingga ke hari ini. Maka inilah rahsianya untuk kita mengekalkan kegemilangan setiap bangunan warisan yang kita bina. Asas ketaqwaan dan pengabdian kepada Allah hendaklah menjadi dasar kepada setiap binaan yang kita bina dan binaan yang ingin kita pelihara.

Sidang Jumaat sekelian,

Nabi Muhammad saw tidak hanya mewariskan Masjid Nabawi sebagai sumber keagungan dan kebanggaan Umat Islam seluruhnya. Lebih besar dari itu, baginda telah mewariskan suatu yang jauh lebih hebat dan paling berharga buat bekalan kepada kita semua. Sabda Rasulullah saw :

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selama-lamanya selama kamu berpegang teguh kepada keduanya; Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Nabinya (al-Hadis).

Maka marilah kita bersama menghayati dan memelihara warisan tinggalan hebat dari Junjungan Besar Nabi Muhammad saw yang merupakan mukjizat yang tidak mungkin akan ada yang lebih hebat daripadanya. Marilah kita mengamalkan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya sebagaimana yang diajar melalui kedua warisan Rasulullah saw ini.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.



خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

ثُمَّ أَوْرَثْنَا ٱلْكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا ۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌۭ لِّنَفْسِهِۦ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌۭ وَمِنْهُمْ سَابِقٌۢ بِٱلْخَيْرَ‌ٰتِ بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ هُوَ ٱلْفَضْلُ ٱلْكَبِيرُ ﴿٣٢﴾

Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).



اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.

عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pemimpin-pemimpin terdahulu telahpun mewariskan peninggalan sejarah yang memukau paling tidak beberapa generasi selepas mereka. Samada ianya kekal atau tidak sehingga dari dulu, kini atau selamanya, apa yang pasti mereka telah membina legasi mereka masing-masing sepanjang pemerintahan mereka. Persoalan yang perlu kita fikirkan pada hari ini, apa pula warisan peninggalan yang akan kita sediakan bagi generasi akan datang. Bagi para pemimpin yang diberi kuasa yang bersifat sementara sepanjang kehidupan yang begitu singkat ini, sudahkah kita menyediakan warisan yang terbaik sebelum kuasa kita ditarik kembali oleh Allah swt.



Apakah kita berpuas hati dengan apa yang sudah kita sediakan bagi generasi akan datang sehingga kita bersedia untuk menjawab persoalan amanah kepimpinan yang mesti dijawab di hadapan Allah di akhirat nanti. Rakyat biasa juga sebenarnya tidak pernah terlepas dari persoalan yang sama. Semua kita mempunyai waris dan apakah yang akan kita wariskan kepada mereka. Apakah yang kita wariskan nanti memberi kebaikan kepada mereka atau membinasakan masa depan mereka. Apakah apa yang kita wariskan nanti diredhai oleh Allah atau hanya menambah kemurkaan Allah kepada kita. Jika kita masih belum ada jawapan kepada semua persoalan itu, maka berubahlah! Kerana kita mungkin tidak cukup masa kerana ajal dan maut sentiasa mengintai-ngintai kita.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Allah berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 9 :

وَلْيَخْشَ ٱلَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا۟ مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةًۭ ضِعَـٰفًا خَافُوا۟ عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْيَقُولُوا۟ قَوْلًۭا سَدِيدًا ﴿٩﴾



Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).



اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ,

وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ

اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .

اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.

اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ

اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.



Ya Allah kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...