Wednesday, July 08, 2009

Perpaduan Melayu - Dimana Dalilnya

6 Julai 2009 - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sekali lagi menyentuh soal perpaduan di kalangan masyarakat Melayu-Islam। Nadanya kelmarin bagaimanapun lebih tegas apabila beliau turut memperkatakan soal ketuanan....(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0706&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive)
Sudah berulang kali nampaknya Mufti Perak ini menyuarakan tentang perpaduan Melayu. Inilah masanya beliau meraih kembali kegemilangan di media tempatan sebagaimana yang dikecapinya dalam kes murtad suatu masa dulu. Namun mungkin ada yang tertanya-tanya kemanakah perginya NGO atau berbagai pihak yang sering menyokong setiap apa yang disuarakannya sebagaimana dulu. Tidak langsung kedengaran sokongan walaupun dari pihak Jawatankuasa Fatwa, Jabatan Agama Islam Perak mahupun persatuan yang bernaung di bawahnya. Apakah beliau berseorangan dalam mengeluarkan pendapatnya.



Ketika isu murtad menjadi topik penting suatu ketika dulu, antara ayat yang sering diucapkan adalah "...takdak sapa sokong yang sokong ana". Ini menyebabkan pegawai di Jabatan Agama dan Jabatan Mufti sering dibelasah oleh rakan-rakan di negeri lain. Kenapakah mufti yang begitu hebat dan berani tidak dibantu oleh anak-anak buahnya. Hakikatnya persoalan itu sudah sekian lama dilontarkan oleh ustaz-ustaz bawahan tanpa sebarang tanpa pernah mendapat reaksi positif dari pihak beliau. Sikap beliau yang suka menonjolkan diri sebagai hero secara berseorangan telah menjejaskan imej pegawai-pegawai agama lain.

Hari ini beliau sememangnya tidak mendapat sokongan daripada kebanyakkan agamawan melainkan mereka yang mempunyai kepentingan dengan Barisan Nasional. Ungkapan "Bersatulah Melayu" bukanlah ungkapan yang menjadi sebutan sesiapa di kalangan agamawan. Mana mungkin mereka yang mengetahui ancaman Allah terhadap pejuang Asobiah yang dinafikan oleh Rasulullah saw daripada menjadi umatnya, akan menggadaikan iman bagi mengambil hati beliau.

Perpaduan sememangnya dituntut dalam Islam. Namun kepentingannya tidaklah mengatasi kepentingan pematuhan terhadap perintah Allah. Perpecahan sememangnya dilarang oleh Allah. Namun berdosakan Rasulullah yang memecahbelahkan perpaduan Bangsa Arab dengan menyebarkan dakwah dan melarang mereka mensyirikkan Allah.

Bersatu dan bermaafan sememangnya amalan mulia. Namun bagaimanakah orang yang begitu lama dizalimi mahu berpelukan dengan mereka yang menzaliminya sedangkan tidak ada sepatah kata pun kemaafan yang diminta.

Wajarkah kita menyalahkan insan kerdil yang sekian lama dibuli, hanya semata-mata enggan bersalaman dengan mereka yang membulinya, sedangkan lebam dan parut luka di seluruh badannya masih jelas dan nyata.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...