Kerajaan Negeri Peraka kembali diperkatakan semula apabila Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh, mengisytiharkan keluar dari DAP dan menjadi ADUN bebas. Isu lompat parti seperti ini adalah satu isu yang benar-benar memualkan rakyat jelata.
Kalau tidak kerana kali ini melibatkan tanah tumpah darahku sendiri nescaya tidak ada sebarang ulasan yang ingin aku utarakan dalam persoalan ini.
Kalau tidak kerana kali ini melibatkan tanah tumpah darahku sendiri nescaya tidak ada sebarang ulasan yang ingin aku utarakan dalam persoalan ini.
Lompat Parti bukanlah amalan yang baru walaupun ianya tidaklah begitu menonjol selama ini. Parti politik bukanlah parti pinggan mangkuk yang boleh ditukar sesuka hati. Setiap ADUN hakikatnya bukanlah mewakili diri sendiri walaupun undang-undang SPR menetapkan mereka secara peribadi adalah wakil kepada rakyat tempatan dan tidak perlu meletak jawatan dengan pertukaran parti tersebut.
Apa yang pasti, hakikatnya pada hari ini, setiap ADUN dipilih oleh rakyat berdasarkan parti yang diwakilinya. Jika ditanya adakah aku mengenali Keshvinder ini, paling tinggi aku hanya boleh mengatakan, mungkin suatu masa dulu kami pernah bersama menaiki kereta lembu yang kami tumpang ketika keluarganya pulang ke Malim Nawar dari mengambil rumput. Entah ya entah tidak, tetapi itulah hakikatnya Keshvinder di mata pengundi. Jika tidak kerana beliau mewakili Pakatan Rakyat tiada sebarang faktor untuk beliau mendapat sebarang undi dari penduduk kampung ku, Tualang Sekah. Jika ini hakikatnya wajarlah dinilai kembali undang-undang pilihanraya yang sememangnya merapu selama ini. Jika beliau tidak mewakili parti, apa logiknya setiap calon menggunakan lambang parti bagi menarik pengundi ketika undian dibuat.
No comments:
Post a Comment