Dr Mohd Asri Zainul Abidin tetap mempertahankan asas dakwaannya dalam isu 'air ludah ustaz' walaupun mengakui mungkin menggunakan perkataan yang kurang tepat bagi menggambarkan peristiwa itu. Ini menggambarkan sikap beliau yang seolah-olah sudah menjadi ahli politik sepenuh masa yang menganggap kecil setiap kesilapan yang dilakukan dan tidak pernah mahu memohon maaf terhadap saingannya. Tidakkah beliau merasa bersalah dengan menggembar gemburkan cerita yang di dengar daripada beberapa pihak yang tidak tentu latarbelakangnya, yang amat bercanggah dengan kehendak Allah dalam Al-Quran yang sering dilaungkannya sendiri.
Tidakkah ada rasa bersalah, mengaibkan seseorang dalam bentuk yang lebih hampir kepada fitnah apatah lagi seorang ustaz yang pastinya dihormati oleh murid-muridnya. Apakah semudah itu menggantikan perkataan "air ludah" dengan "bekas mulut" dalam isu yang sebegini besar. Jauh sangat bezanya minum air ludah dengan minum air di bekas mulut seseorang. Tak perlu taasub untuk minum air di bekas mulut seseorang. Ianya jadi budaya biasa pasangan suami isteri malah lebih-lebih lagi pasangan kekasih. Bukankah Rasulullah saw juga mengamalkannya bersama ummuhatul mukminin. Apakah seorang doktor falsafah boleh tersilap menggunakan dua perkataan yang amat jauh berbeza seperti ini.
Entah apalah sangat kebimbangannya terhadap sikap taasub orang awam terhadap orang-orang agama. Apakah taasub kepada pemimpin politik dan individu-individu lain yang lebih merapu, dirasakan lebih kurang mudharatnya berbanding ketaksuban kepada para ustaz. Kalau tidak kerana sifat taasub masyarakat kepada para ustaz dan ulamak suatu masa dulu, nescaya Islam di negara ini tidak banyak lebih baik berbanding negara-negara lain.
No comments:
Post a Comment