Malam tadi perbincangan (lebih sesuai dikatakan pertengkaran) berlaku antara teman-teman serumah dengan bawwab penjaga rumah sewa kami di Hayy Sabi'. Perjanjian ketika masuk rumah pada 3 Mei 2010 adalah dengan sewaan 3 bulan sebanyak 2900 genaih termasuk segala bayaran air dan sebagainya kecuali elektrik. Deposit sebanyak 2,000 genaih dijadikan sandaran.
Menghampiri Jun, dikatakan tuan rumah tak puas hati dengan memberi kata dua, sewa naik 4,000 genaih atau keluar. Terlalu sukar untuk keluar sedangkan belum sebulan didiami memaksa kami menerima tawaran pelik yang diberikan ; sewa 3300 genaih dengan dia mengambil mesin basuh yang kami beli dengan harga lebih kurang 700 genaih. Nampak sangat takde kena mengena dengan tuan rumah. Tuan rumah sendiripun kena kelentong inikan pulak penyewa.
Dengan hanya sekadar 20 hari di Bulan Julai, tak berbaloi rasanya bersedekah duit sewa sebanyak itu pada manusia jenis tek terpakai seperti itu. Kami mencari asrama pelajar sebagai alternatif dan sewaan terpaksa ditamatkan. Isu perjanjian 3 bulan ditimbulkan,walaupun dia yang mula membatalkan perjanjian asal dengan kenaikan sewaan. Akibatnya 800 genaih dari deposit tidak dipulangkan.
Banyak pengajaran yang boleh diambil dari muamalah dengan bangsa Arab seperti ini. Tanpa menjejaskan penghormatan terhadap Bangsa Junjungan Besar kita Nabi Muhammad saw yang juga berbangsa Arab, dengan menyedari bahawa Mesir bukan Arab asli tetapi Afriki yang diarabkan, maka aku terfikir satu persoalan.
Kalau begini akhlak dan peikiran mereka, apakah Israel juga menghadapi masalah yang sama. Kita selalu digembar-gemburkan tentang Israel yang tidak mematuhi perjanjian, lidah bercabang dan sukar di bawak berbincang, maka apakah mungkin benar juga kata-kata mereka. Apakah mereka juga menghadapi masalah bermuamalah dengan Arab dan mereka mengajar Arab secara keterlaluan.
Jika bukan begitu keadaannya, maka pasti sememangnya Israel lebih teruk dari Arab. Kalau Arab dah sebegini berserabut, tak tau nak membayangkan betapa berserabutnya akhlak dan pemikiran Israel dan masih layakkah mereka digelar sebagai manusia ?
No comments:
Post a Comment