Beberapa jam lagi kami akan kehilangan buat seketika seorang teman yang sering menceriakan suasana. Azman bin Ab Rahman, Pensyarah Fakulti Syariah & Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia adalah teman serumah sepanjang 2 bulan kami menuntut ilmu di Mesir. Beliau terpaksa kembali ke tanah air kerana terpaksa menguruskan persedian menghadapi Munaqasyah bagi PHD beliau yang dijangkakan berlangsung dalam bulan hadapan.
Sebagai ahli akademik aku tabik spring pada beliau yang mewakafkan diri terhadap pelajaran sehingga terlupa memikirkan soal cinta dan perkahwinan. Mudah-mudahan Allah kurniakan pasangan yang beriman dan mampu memahami minat kerjayanya dan memahami keranahnya yang kadang-kadang cerewet tak bertempat.
Bukan semua orang tahan bila berurusan dengan beliau. Keletah dan keramahan sampai menggelengkan kepala Arab. Kalau menawar barangan sampai ke tahap memujuk rayu dan meronta-ronta selagi tak diberikan. Itulah Azman yang pastinya menyebabkan kami rasa seperti kehilangan bagi meneruskan kursus 20 hari mendatang.
Mudah-mudahan perkenalan singkat ini tidak akan berakhir di sini. Sekurang-kurangnya aku sudah ada seorang teman rapat di kalangan pemegang ijazah kedoktoran dan Insyaallah bakal professor suatu masa nanti. Namun aku tak pasti, dapatkan lagi aku merasai, masakan seorang doktor, kerana apakah mungkin kami temui keperluan untuk memasak sendiri selepas ini. Kalaupun tak merasa menjamah masakan bakal professor ini, aku harapkan agar dapat menikmati masakan isteri pilihannya nanti.
Kepada Azman; sesekali jika teringat kepada kami, ingatlah lagu ini yang pernah kita hayati bersama kerana walaupun ianya bukan dicipta keranamu, tetapi amat-amat menepati keadaan mu buat masa kini.
No comments:
Post a Comment