Cikgu Salwa baru saja bertugas sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar di sekolah itu. Pada masa rehat...dia melihat seorang pelajar tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawannya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.
Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja. Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya. Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah. Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata dengan penuh kelembutan...
"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"
Pelajar itu menjawab..
"Takde masalah.. terpulang kepada cikgu...!"
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..
"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"
"Kerana saya bermain sebagai penjaga gol..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...
Pengajaran :
Semangat amat penting bagi membolehkan sesuatu tugas dapat dijalankan dengan berkesan. Namun ketergantungan semata-mata kepada semangat, tanpa kemahiran dan ilmu berkaitan yang diperlukan akan menyebabkan berlaku berbagai kesilapan dalam menjalankan tugas tersebut.

No comments:
Post a Comment