Sunday, July 11, 2010

Antara Dua Darjat

Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa di antara kamu.

Walaupun isu ini sudah tidak lagi menjadi isu utama dalam masyarakat pada masa ini, namun masih ada segelintir yang masih mengamalkannya. Jika sekiranya kemuliaan seseorang hanya di nilai berdasarkan nasab dan keturunan maka beruntunglah mereka yang lahir dalam kelurga yang dihormati kerana mereka bebas melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Sebaliknya amat malang bagi yang dilahirkan dalam keluarga yang hina dan dibenci kerana hilanglah peluang mereka untuk menjadi hebat dan dihormati kerana segala kebaikan yang dibuat tidak akan bermakna lagi.


Khairul, murid darjah satu disebuah sekolah rendah berkata kepada Tengku Nazira, teman sekelasnya di sekolah.

"Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu kecil. Bolehkah kita berkahwin bila kita sudah dewasa nanti?"

Dengan tersipu malu Tengku Nazira menjawab ;

"Khairul, bukannya saya tak sudi. Tapi dalam keluarga kami, sudah menjadi tradisi hanya berkahwin sesama kerabat sendiri. Atuk berkahwin dengan nenek, bapak sedara berkahwin dengan emak sedara malah papapun berkahwin dengan mama.

Apakan daya awak bukan kerabat saya Khairul...."

Peringatan :
Walaupun begitu keturunan yang baik juga penting bagi memilih pasangan yang terbaik. Sabda Rasulullah saw, Biasanya wanita dikahwini kerana 4 faktor, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah yang beragama, pasti kamu akan beruntung.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...