Sunday, July 18, 2010

Perpaduan PAS-UMNO - Mimpi di siang hari


 "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh kelmarin.
 
Inilah hidangan lama yang hampir basi, dipanaskan semula agar dapat membuka selera. Bagi yang begitu kelaparan, pastinya begitu berselera untuk menikmatinya. Sedangkan bagi yang normal, mendengarnya sahaja sudah boleh memuntahkan segala yang ada. Kehadirannya merasmikan program Gagasan Melayu Perak sahajapun sudah memperlihatkan kegagalannya menjadi orang tengah dalam menyatukan PAS dan UMNO. Bukankah gagasan ini hanya muncul sebagai pengacau ketika era Pakatan Rakyat pimpinan PAS di Negeri Perak. Setelah berjaya meruntuhkan kerajaan pilihan rakyat pimpinan PAS, kini terhegeh-hegeh pula mengajak PAS untuk bersatu dengan UMNO.

Oleh kerana Tan Sri Harussani Zakaria dan gagasan ini kedua-duanya mewakili atau penyokong tegar pihak UMNO maka salakan-salakan penyatuan ini tak ubah seperti rungutan Israel mengenai rakyat Palestin yang tidak mahu berdamai. Kelihatannya begitu sekali jahatnya rakyat Palestin yang tidak pernah mahu menghulur tangan persahabatan menyambut perbincangan damai yang dihulurkan oleh Israel.


Bagaimana mungkin PAS yang selama ini dan sehingga kini ditindas mahu menyambut salam perpaduan yang dihulurkan oleh UMNO yang selama ini tidak pernah bertolak ansur dan sentiasa menindas. Apakah wajar menafikan hak PAS untuk meletakkan pra syarat perbincangan sedangkan kedua-dua pihak tidak di dalam keadaan yang sama dan setara.


Bukankah wajar salakan seperti ini ditujukan kepada pimpinan UMNO yang begitu mudah boleh menyatukan semua orang Melayu kerana mereka kini memerintah dan orang Melayu adalah rakyat jelatanya. Adakah UMNO selama ini menganggap semua orang Melayu sebagai rakyat yang empunya hak. Apakah UMNO selama ini menganggap Melayu di dalam PAS punya hak keistimewaan melebihi teman-teman rapat mereka di dalam MCA, MIC dan parti-parti komponen BN yang lain. Apakah UMNO mahu melihat PAS dan kepimpinannya bergabung dengan UMNO, sedangkan pengikut dan penyokongnya, diperlakukan seperti bukan warganegara.


Sehingga kini, apakah UMNO menyayangi Melayu sedangkan wakil rakyat Melayu dalam parti pembangkang tidak diberikan peruntukan, berbeza dengan wakil rakyat Cina dan India dalam barisan. Apakah UMNO menyayangi Melayu sedangkan UMNOlah yang meruntuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sedangkan Menteri Besarnya adalah seorang Melayu.


Terlalu jauh bezanya kita pada hari ini dengan ulamak-ulamak pejuang kemerdekaan terdahulu. Mereka menyatukan Melayu dengan semangat jihad menentang kemungkaran dan penjajahan tanpa memberi muka kepada sebarang bentuk kezaliman dan ketidak adilan oleh pihak yang berkuasa. Apakah kita wajar bercita-cita menjadi hero dalam menyatukan Melayu, sedangkan selama ini kita membiarkan bangsa kita dianaktirikan.

2 comments:

Anonymous said...

beraninya tuan...bukankah beliau mufti kerajaan tuan?? tidakkah akan mengeruhkan hubungan tuan dgn beliau,yg bekerja bawah kapal yg sama..?

Anonymous said...

Bukan soal berani atau tidak. Hubungan keje mestilah sentiasa secara professional. Beliau jadi mufti dalam urusan agama bukan politik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...