Tuesday, July 13, 2010

Beramallah Sebelum Terlambat

Di sebuah kampung, seorang ketua kampung mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar yuran bulanan sedangkan beliau adalah seorang yang terkaya di kampong tersebut. Ketua kampong itu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya dan berlakulah dialog antara mereka berdua :


Ketua Kampung:
Begini, saya telah mendapati bahawa hanya Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya rasa tiada masalahnya untuk memberi sumbangan yang begitu kecil bagi kemajuan kampung ini.

En Lamin:
Adakah Tok Ketua tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?

Ketua Kampung:
Waduh,...saya tak tau pulak.

En Lamin:
Tok Ketua tau tak saudara saya seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan?

Ketua Kampung:
Kalau begitu, saya minta maaf.

En Lamin:
Tok Ketua tau tak suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan?

Ketua Kampung :
Saya betul-betul minta maaf.

En Lamin:
Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk orang kampung.

Peringatan :
3 perkara akan mengiringi kita ke kubur ; Harta, Keluarga dan Amalan. 2 akan balik meninggalkan kita dan hanya tinggal 1 untuk membantu kita iaitu amalan. Maka beramallah sebelum terlambat.
Apabila mati seseorang manusia, maka akan terputuslah peluangnya untuk mendapat pahala kecuali melalui 3 perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu yang dimanfaatkan dan anakyang soleh yang mendoakannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...