Tuesday, July 27, 2010

Hukum Malam Nisfu Syaaban

Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.

Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi



Soalan : Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?

Jawapan :

Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya). Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut. Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb."-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad. Seterusnya,

عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان
Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.

Seterusnya,

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”-Riwayat Ibnu Majah.

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" - متفق عليه .

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”-tamatBerkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.Pertamanya : Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid. Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah. Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.Keduanya :Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.”

Kesimpulannya :
Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan. Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.

Sumber : Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.

Sunday, July 18, 2010

Perpaduan PAS-UMNO - Mimpi di siang hari


 "Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh kelmarin.
 
Inilah hidangan lama yang hampir basi, dipanaskan semula agar dapat membuka selera. Bagi yang begitu kelaparan, pastinya begitu berselera untuk menikmatinya. Sedangkan bagi yang normal, mendengarnya sahaja sudah boleh memuntahkan segala yang ada. Kehadirannya merasmikan program Gagasan Melayu Perak sahajapun sudah memperlihatkan kegagalannya menjadi orang tengah dalam menyatukan PAS dan UMNO. Bukankah gagasan ini hanya muncul sebagai pengacau ketika era Pakatan Rakyat pimpinan PAS di Negeri Perak. Setelah berjaya meruntuhkan kerajaan pilihan rakyat pimpinan PAS, kini terhegeh-hegeh pula mengajak PAS untuk bersatu dengan UMNO.

Wednesday, July 14, 2010

Semangat Sahaja Tak Mencukupi

Cikgu Salwa baru saja bertugas sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar di sekolah itu. Pada masa rehat...dia melihat seorang pelajar tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawannya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Tuesday, July 13, 2010

Beramallah Sebelum Terlambat

Di sebuah kampung, seorang ketua kampung mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar yuran bulanan sedangkan beliau adalah seorang yang terkaya di kampong tersebut. Ketua kampong itu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya dan berlakulah dialog antara mereka berdua :

Sunday, July 11, 2010

Perbezaan Lelaki Dan Perempuan

Kejadian lelaki dan perempuan adalah jauh berbeza. Tidak mungkin kita akan memperolehi pasangan yang sama seperti kita. Apa yang penting bukanlah memperbesarkan perbezaan yang ada tetapi mencari keserasian dari perbezaan kedua-duanya.

Antara Dua Darjat

Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa di antara kamu.

Walaupun isu ini sudah tidak lagi menjadi isu utama dalam masyarakat pada masa ini, namun masih ada segelintir yang masih mengamalkannya. Jika sekiranya kemuliaan seseorang hanya di nilai berdasarkan nasab dan keturunan maka beruntunglah mereka yang lahir dalam kelurga yang dihormati kerana mereka bebas melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Sebaliknya amat malang bagi yang dilahirkan dalam keluarga yang hina dan dibenci kerana hilanglah peluang mereka untuk menjadi hebat dan dihormati kerana segala kebaikan yang dibuat tidak akan bermakna lagi.

Suami Tak Reti Bahasa

Dalam kehidupan berumahtangga kadang-kadang seseorang itu menghadapi berbagai faktor yang menyebabkan tekanan dari masa ke semasa. Tekanan yang paling hebat berlaku bila punyanya adalah dari salah seorang dari mereka sendiri. Antara contoh tekanan yang dihadapi oleh isteri disebabkan oleh suami adalah seperti kisah berikut :

Saturday, July 10, 2010

Besar sangatkah ESQ ?

Pengharaman ESQ Training Malaysia kembali mencalitkan titik hitam dalam dunia pemfatwaan di Malaysia. Entah apa logiknya, kerana sebuah syarikat perniagaan yang berlapikkan aktiviti dakwah menyebabkan ulamak dan agamawan bertelingkah.

SAHIBUS SAMAHAH DATUK WAN ZAHIDI BIN WAN TEH, MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN bukanlah ulamak yang sering saya jadikan rujukan. Sejak mengenali beliau ketika menjadi ayam tambatan JAKIM dalam propaganda politiknya saya bukan sekali dua menyanggah penulisannya ketika membentangkan kertas kerja. Namun tidak dinafikan beliau seorang ahli akademik yang hebat dan teliti kajiannya. Demi menyokong fahaman politiknya, beliau mengemukakan fakta ilmiah yang sohih dan berwibawa, tetapi tidak menyatakan atau menyembunyikan sebahagian darinya. Maka apabila fatwa yang diwartakannya ini tidak ada kena mengena dengan pembawaan politiknya maka saya yakin ianya tidak boleh di pandang sebelah mata.

Saya tidak mengulas mengenai ESQ; teori dan pendekatan yang dibawa, mamandangkan saya tidak pernah terlibat dengan penganjurannya atau membaca buku karangan pengasasnya. Entah kenapa tidak pernah tercuit di hati saya ntuk melibatkan diri dengannya walaupun ramai teman-teman yang mempromosikannya. Saya cuma akan mengulas sikap kita sebagai orang awam termasuk sedikit pandangan mengenai sikap agamawan agar tidak menjadi bahan sendaan di kalangan masyarakat.

Antara lain saya berpandangan :

a. Islam tidak sekali-kali menganggap yang ramai sentiasa benar dan yang sikit itu bermasalah. Ijmak tidak mungkin dicapai walaupun jutaan mujtahid bersepakat sedangkan ada seorang yang membantah. Setiap hujjah dan dalil perlu diteliti, tanpa diambil mudah terutamanya jika bersangkutan dengan akidah.

b. Oleh kerana Mufti Wilayah mengasaskan fatwanya kepada teori yang dikarang oleh Ary Ginanjar melalui bukunya 'Membangun Kesuksesan Berdasarkan 5 Rukun Iman dan 6 Rukun Islam', serta buku 'ESQ Power' dan 'ESQ: Rahsia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual', maka harus dibezakan antara teori dan pemikiran dengan training yang dilaksanakan. Apakah kita bercakap mengenai dua perkara yang berbeza, walaupun ianya berkaitan, menyebabkan tidak mungkin berlakunya sebarang persepakatan.

b. Oleh kerana Mufti Wilayah menyatakan ada masalah, sedangkan orang lain mengatakan tidak nampak sebarang masalah, maka wajarlah diteliti hujjah mereka yang nampak ada masalah. Masalah dikesan dari teori dan pemikiran yang dibukukan, sedangkan ianya menjadi asas kepada perlaksanaan training dan seminar yang dijalankan. Pastinya tidak keseluruhan teori dan pemikiran mampu di terapkan dalam keseluruhan training dan seminar yang dijalankan. Tidak dapat dinafikan berbagai teguran telah dikemukakan sehingga memaksa penganjur membuang sebahagian bahan. Maka apakah wajar kita mengatakan bahawa teori dan pemikiran yang dibawa dikira halal hanya semata-mata kerana kita gagal mengesan sebarang masalah dalam training yang dijalankan.

c. Perbandingan antara Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri yang diwartakan hendaklah diukur melalu kacamata undang-undang. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanyalah bersifat maklumat tanpa sebarang kuatkuasa undang-undang. Ianya mesti dibawa ke Mesyuarat Fatwa negeri-negeri dan diwartakan untuk boleh dilaksanakan. Oleh kerana negeri-negeri lain masih belum mengeluarkan sebarang wartakan, maka hanya ada satu undang-undang sahaja yang boleh dikuatkuasakan iaitu pengharaman perlaksanaannya di Wilayah Persekutuan.

d. Tindakan ESQ menegaskan kehalalannya berasaskan pengesahan 5 orang Panel Syariah yang terdiri atas para tokoh agama dan mantan Mufti di Malaysia tidaklah menjadi hujjah yang begitu kuat. Walaupun dibarisi oleh kononnya pakar berbagai bidang, merangkumi Dato’ Mustafa Abdul Rahman, Mantan Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Abdul Kader Talip, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Paduka Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim, Mantan Mufti Kedah dan mantan Ketua Hakim Mahkamah Shariah Negeri Kedah, Dato’ Hj Nooh Hj Gadot, Mantan Mufti Johor dan Dr Adnan Mohd Yusoff, Dekan Fakulti Qur’an dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), namun tidaklah boleh dijadikan sandaran penentu. Atas nama Panel Syariah yang dilantik samada dibayar elaun atau gaji bulanan, mana mungkin mereka mampu untuk mengharamkan. Peranan mereka hanyalah menjadi pemudah cara; memahamkan Mufti dan Ulamak terhadap teori, pemikiran dan perlaksanaan ESQ dan memastikan semua peringkat di dalam ESQ mematuhi kehendak, panduan dan kritikan Ulamak dan Mufti.

Cadangan saya kepada pihak yang terlibat dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah seperti berikut :

a. Menghentikan sebarang bentuk kenyataan yang menampakkan seolah-olah berlaku perbalahan sesama sendiri.

b. Memberi peluang kepada Mufti Wilayah membentangkan hujjah dan mengkaji kebenarannya sebelum membuat sebarang keputusan.

c. Mengkaji kaitan ESQ dengan aliran pemikiran Islam Liberal yang selama ini mengancam kerana difahamkan bahawa ianya bukan sahaja menimbulkan kegusaran di sini malah turut dipertikaikan di negara asal.

d. Memperluaskan kajian kepada teori dan pemikiran asal, bukan hanya bergantung kepada pengalaman bersama mereka di samping penjelasan yang diberikan yang mungkin berterus terang dan mungkin ada yang disembunyikan.


Bahan Rujukan :

http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf




http://www.esqway165.com/wp-content/uploads/beritaharianonline_jawatankuasa-fatwa-kebangsaan-putuskan-esq-tidak-bertentangan.pdf

http://www.esqway165.com/wp-content/uploads/utusanonline_esq-tidak-bertentangan-dengan-islam-4.jpg

http://www.esqway165.com/wp-content/uploads/mufti-perak_00011.pdf

http://www.esqway165.com/wp-content/uploads/testimonial-mufti-penang.pdf

http://www.esqway165.com/wp-content/uploads/jawapan-dr-mufti-pahang.pdf

http://www.esqway165.com/wp-content/uploads/mufti-kedah_0001.pdf

http://www.esqway165.com/wp-content/uploads/surat-mufti-johor.pdf

http://www.esqway165.com/wp-content/uploads/jawapan-kpd-isu2-yg-ditanyakan-oleh-alumni-esq_2.pdf

http://www.esqway165.com/wp-content/uploads/kenyataan-rasmi-bil-02-panel-shariah-esq-leadership-msia-7-julai-20102.pdf

http://www.esqway165.com/wp-content/uploads/penjelasan-esq-fasa-3-090710_2.pdf

Thursday, July 01, 2010

Selamat Pulang Sahabat

Beberapa jam lagi kami akan kehilangan buat seketika seorang teman yang sering menceriakan suasana. Azman bin Ab Rahman, Pensyarah Fakulti Syariah & Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia adalah teman serumah sepanjang 2 bulan kami menuntut ilmu di Mesir. Beliau terpaksa kembali ke tanah air kerana terpaksa menguruskan persedian menghadapi Munaqasyah bagi PHD beliau yang dijangkakan berlangsung dalam bulan hadapan.



Sebagai ahli akademik aku tabik spring pada beliau yang mewakafkan diri terhadap pelajaran sehingga terlupa memikirkan soal cinta dan perkahwinan. Mudah-mudahan Allah kurniakan pasangan yang beriman dan mampu memahami minat kerjayanya dan memahami keranahnya yang kadang-kadang cerewet tak bertempat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...