اَلْحَمْدُ ِللهِ القائل :
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي اْلأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لاَ يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. – An-Nur : 55
اَشْهَدُ اَنْ لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدَنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Sidang Jumaat Sekelian,
Pada kesempatan kali ini marilah kita mengingat kembali pesanan yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW, tentang satu suasana yang akan menimpa umat Islam, dimana pada saat itu mereka akan dihina, diperlekehkan dan dianiayai. Padahal mereka sebelumnya adalah golongan yang mulia, golongan yang kuat dan golongan yang dikenali keberaniannya, yang menimbulkan rasa gerun di hati musuh-musuh mereka. Maka hari ini kita tertanya-tanya, dimanakah kemuliaan itu? Dimanakah kekuatan dan keberanian yang pernah ada? Semuanya kini hanya menjadi sebuah kenangan dan menjadi sebuah catitan sejarah.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Apakah penyebab yang menjadikan umat Islam pada hari ini dihina?. Sabda Rasulullah SAW:
يُوْشَكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ اْلأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى اْلأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا، فَقَالَ قَائِلٌ: أَوَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيْرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَسَيَنْزِعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُوْرِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلْيَقْذِفَنَّ اللهُ فِيْ قُلُوْبِكُمُ الْوَهَنُ. قَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَمَا الْوَهَنُ؟ قَالَ: حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ. (رواه البيهقي، حديث حسن).
Hampir tiba zamannya manusia (Atas nama Bangsa-Bangsa Bersatu) mengerumuni kamu sepertimana lahapnya mereka yang mengerumuni makanan. Ada sahabat bertanya: apakah karena sedikitnya jumlah kita pada masa itu? Baginda bersabda: Bahkan jumlah kalian pada masa itu banyak. Tetapi kalian pada saat itu bagaikan buih yang hanyut. Dan Allah akan mencabut dari dada-dada musuh kalian (rasa) ketakutan kepada kamu, dan Dia akan memasukkan ke dalam hati-hati kamu al-wahan. Lalu sahabat bertanya: Ya Rasulullah apakah al-wahan itu? Beliau bersabda: cinta dunia dan takut mati”
(HR. Baihaqi, hadis hasan).
Dan Rasulullah SAW juga bersabda:
إِذَا تَبَايَعْتُمْ بِالْعِيْنَةِ وَأَخَذْتُمْ أَذْنَابَ الْبَقَرِ وَرَضِيْتُمْ بِالزَّرْعِ وَتَرْكُتُم الْجِهَادَ، سَلَّطَ اللهُ عَلَيْكُمْ ذُلاًّ لاَ يَنْزِعُهُ عَنْكُمْ حَتَّى تَرْجِعُوْا إِلَى دِيْنِكُمْ. (رواه أبو داود، حديث صحيح).
Jika kalian berjual beli dengan cara ‘inah dan kamu mengambil ekor sapi (sibuk dengan penternakan) dan kamu merasa selesa dengan urusan pertanian dan kamu meninggalkan jihad, maka Allah akan menurunkan kehinaan bagi kamu. Dan Allah sekali-kali tidak akan melepaskannya, kecuali jika kembali kepada agama kalian”. (HR. Abu Dawud hadis sahih)
Sidang Jumaat Sekelian,
Dunia hari ini terlalu biadab terhadap Islam sehingga ke tahap berlakunya penghinaan terhadap Al-Quran, Kitab Allah yang menjadi perlembagaan hidup Umat Islam dan dunia seluruhnya. Lebih menyedihkan kerana Al-Quran diletakkan di dalam tandas, satu tempat yang bukan sahaja diharamkan untuk dibawa masuk Al-Quran, malah satu tempat yang manusia akan segera menghindarinya setelah menggunakannya. Al-Quran digunakan oleh anjing-anjing gila Amerika Syarikat di Teluk Guantenamo semata-mata untuk mendera tahanan Islam. Apa yang mampu kita buat hanyalah mengharapkan agar musuh Islam menghormati agama kita, tidak lebih dari itu. Firman Allah SWT :
أَفَتَطْمَعُونَ أَنْ يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلاَمَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِنْ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ(75)
Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui? Al-Baqarah : 75
وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى اْلأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir (176).
Sidang Jumaat Sekelian,
Kadang-kadang kita merasa marah dan terhina apabila musuh memperlakukan sewenang-wenangnya terhadap Al-Quran, tetapi kita kurang merasakan sebegitu, apabila mereka menyiksa dan menghina golongan yang menanggung Al-Quran dan mengamalkan Al-Quran. Di merata tempat di seluruh dunia, mereka yang mengamalkan ajaran Al-Quran sepenuhnya, termasuk penghafal-penghafal Al-Quran di pandang serong, di tekan dan di tentang, didera dan diancam , bukan sahaja oleh musuh Islam malah oleh Umat Islam sendiri. Ramai ulama’ yang menjadi mangsa penindasan malah mereka pula difitnah sebagai pengganas.
Sidang Jumaat Sekelian,
Penghinaan terhadap Al-Quran sebenarnya bukanlah semata-mata penghinaan dan perlakuan biadab terhadap mashaf dan tulisan Al-Quran yang tertulis di kertas. Tetapi banyak lagi bentuk-bentuk penghinaan yang dilakukan bukan sahaja oleh orang-orang bukan Islam, malah turut membabitkan orang-orang Islam sendiri. Kita dikira menghina Al-Quran jika kita mengatakan bahwa wajib berpegang kepada Al-Quran tetapi kita tidak mampu membaca Al-Quran. Kita dikira menghina Al-Quran jika kita membaca Al-Quran tanpa mahu memahami isi kandungannya. Kita dikira menghina Al-Quran jika kita memahami isi kandungannya tanpa mahu mengamalkannya. Kita dikira menghina Al-Quran jika kita memahami isi kandungannya tetapi kita memutarbelitkanya.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Hanya dengan jihad sahajalah kita dapat menjadikan umat Islam sebagai umat yang mulia, umat yang dihormati, umat yang dikenal dengan keberanian yang ditakuti dan disegani oleh kawan dan lawan. Dan inilah rahsia generasi pertama Islam, yang menjadikan jihad sebagai jalan hidup mereka. Mereka sangat cinta jihad dan mereka sangat merindukan gugur sebagai syuhada’, sehinggakan kecintaan mereka yang sangat besar terhadap jihad menyebabkan di antara mereka ada yang tidak mempunyai harta benda kecuali pedang dan seekor kuda perang yang kedua-duanya digunakan untuk berjihad di jalan Allah. Maka kita hari ini wajib berjihad mengikut kemampuan yang ada pada kita, dalam apa sahaja bidang kehidupan agar kita menjadi lebih mulia daripada musuh-musuh kita.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ, وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
No comments:
Post a Comment