اَلْحَمْدُ ِللهِ القائل :
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلاَ تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (النور: 2)
Penzina perempuan dan penzina lelaki maka sebatlah kedua mereka denagn seratus sebatan, dan jangan kamu menaruh simpati ketika melaksanakan hukuman Allah, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan perlaksanaan hukumannya oleh sebahagian orang yang beriman.
اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدَنـَا مُحَمَّدِنِ الْهَادِىْ اِلىَ الْحَقِّ وَاِلىَ الصِّرَاطِ الْمُسْتَقِـيْمِ
اَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Sidang Hadirin Sekelian,
Jenayah rogol berterusan menggegarkan ketenangan dalam negara. Berbagai aspek diperkatakan dan berbagai pendapat dikemukakan mengenainya. Namun kita melihat kecenderungan bagi kembali kepada Hukum Allah begitu ketara di kalangan masyarakat. Khutbah hari ini akan mengimbas beberapa isu berkaitan perkara tersebut dan kaedah Islam dalam mengatasinya.
Sidang Jumaat Sekalian,
Kita perlu melihat beberapa faktor yang membawa kepada berlakunya perkara tersebut. Faktor terbesar yang tidak dapat dinafikan adalah nafsu syahwat yang bermaharajalela. Ketundukan terhadap hawa nafsu berpunca daripada kelemahan akidah dan keimanan akibat kejahilan terhadap ayat-ayat Allah serta kejahilan terhadap hukuman Allah. Ketundukan terhadap hawa nafsu menyebabkan manusia terlupa siapakah yang menjadi mangsa, samada kecil atau besar, remaja atau kanak-kanak.Sabda Rasulullah S.A.W :
حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلاَ يَسْرِقُ السَّارِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلاَ يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ
Hadis Abu Hurairah R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Tidak berzina seorang penzina sedangkan ketika berzina itu dia masih beriman, tidak mencuri seorang pencuri sedangkan ketika mencuri itu dia masih beriman, tidak minum arak seorang peminum arak sedangkan ketika itu dia masih beriman.
Sidang Jumaat Sekalian,
Kemasukan bahan-bahan lucah di pasaran tempatan merupakan antara faktor terbesar yang menggalakkan berlakunya berbagai jenayah seksual. Selain bahan lucah sikap wanita hari ini yang masih terus berpakaian menjolok mata dan tidak menutup aurat menyebabkan nafsu lelaki sentiasa terangsang. Walaupun mereka mengatakan bahawa tidak semua yang berpakaian menjolok mata menjadi mangsa seksual dan mereka yang menutup aurat juga turut menjadi mangsa tetapi ia tidaklah boleh dijadikan hujjah. Sebagaimana bahan-bahan lucah yang merangsangkan nafsu syahwat lelaki, maka sesiapa sahaja di sekelilingnya mungkin menjadi mangsa. Oleh yang demikian semua yang tidak menutup aurat dan berpakaian menjolok mata adalah pemangkin kepada nafsu syahwat perogol dan mereka perlu merasa tanggungjawab di atas setiap kesalahan rogol yang berlaku.
Sidang Jumaat Sekalian,
Faktor undang-undang merupakan antara faktor terakhir yang sering dilihat sebagai jalan terakhir bagi menghapuskan sesuatu maksiat dan jenayah. Sebenarnya Allah meletakkan undang-undang dan hukum Allah sebagai asas utama pembasmian jenayah. Manusia hanya mampu berusaha menghilangkan faktor-faktor penggalak tetapi hanya Alllah yang mampu menghalangnya. Allah hanya akan menghentikan segala maksiat dan jenayah jika segala syarat dan usaha dilakukan oleh manusia. Di antara syarat yang mesti dilaksanakan adalah penguatkuasaan hukuman Allah. Hari ini kita mendengar cadangan bagi melaksanakan hukuman rotan atau sebat di khalayak ramai oleh berbagai pihak walaupun perkara tersebut pernah dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ini menunjukkan bahawa manusia tidak akan mampu selamanya membohongi diri untuk kembali kepada fitrah. Mungkin suatu hari kita akan melihat bukan sahaja orang Islam yang mahu kembali kepada hukum Allah malah orang bukan Islam akan menyokong dan mengharapkan perlaksanaan hukuman Allah. Firman Allah dalam surah Al-Nur ayat 2 :
Penzina perempuan dan penzina lelaki maka sebatlah kedua mereka denagn seratus sebatan, dan jangan kamu menaruh simpati ketika melaksanakan hukuman Allah, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan perlaksanaan hukumannya oleh sebahagian orang yang beriman.
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ وَلاَ تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (النور :2)
Sidang Jumaat Sekalian,
Penguatkuasaan wajib dilaksanakan bersungguh-sungguh secara berterusan tanpa mengikut musim dan hanya dibuat setelah ianya banyak diperkatakan. Perlaksanaan undang-undang dan hukuman hendaklah dipertingkatkan dan semestinya di sesuaikan dengan hukum Allah. Peraturan berpakaian di tempat awam wajib diperketatkan dengan mengharamkan segala pakaian seksi yang keterlaluan yang mampu merangsang nafsu lelaki.
Sidang Jumaat Sekelian,
Berbagai cercaan dilontarkan apabila ada pihak yang mahu menguatkuasakan etika berpakaian di kalangan wanita di negara ini. Malangnya apabila Perancis yang mengharamkan pemakaian tudung kepala maka dikatakan ianya menjadi hak pemerintah negara tersebut. Terdapat beberapa orang Ulamak telah menfatwakan mengenai penguatkuasaan tersebut. Di antaranya ialan Doktor Abdul Fattah Asyuur (الدكتور عبد القتاح عاشور ) , Pensyarah Universiti al-Azhar yang memfatwakan :
1. Islam menggesa kepada penjagaan kehormatan dan penutupan aurat. Firman Allah dalam Surah An-Nur ayat 31 :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ ءَابَائِهِنَّ أَوْ ءَابَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الأِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan, dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir kelihatan, dan hendaklah melabuhkan tudung mereka hingga ke dada mereka, dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami, bapa, bapa mertua, anak lelaki, aank-anak lelaki suami, adik beradik lelaki, anak lelaki kepada adik-beradik lelaki, anak lelaki kepada adik beradik perempuan, wanita-wanita Islam, dan hamba lelaki yang mereka miliki, pelayan-pelayan yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat. Dan janganlah mereka memukul kaki mereka agar terdengar mengenai perhiasan yang tersembunyi dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.
2. Dengan turunnya ayat ini sahaja sudah cukup bagi membolehkan penguatkuasaan memakai tudung kepala bagi wanita Islam yang sememangnya diwajibkan oleh Allah.
3. Adapun bagi wanita bukan Islam maka tidak boleh diwajibkan kecuali :
a. Jika agama asal mereka juga mewajibkannya seperti Yahudi dan Nasrani
b. Apabila wanita kafir berhias diri dengan perhiasan yang membawa kepada kerosakan yang menyeluruh seperti berpakaian menjolok mata seperti hari ini.
Sidang Jumaat Sekelian,
As-Sheikh Mas'ud Sobri ( الشيخ مسعود صبري ), Pensyarah Syariah Kuliah Darul Ulum pula menambah :
1. Mewajibkan pemakaian tudung melalui kuatkuasa undang-undang di sesebuah negara adalah merupakan di antara usaha pemantapan kepada perlaksanaan Syariat Allah kerana tugas ketua Negara adalah melaksanakan perintah-perintah Allah di muka bumi.
2. Menjadi hak dan kewajipan pemerintah bagi mewajibkan perintah Allah terhadap rakyatnya.
3. Rakyat wajib taat kepada perintah Allah dan perintah pemerintah yang tidak bertentangan dengan perintah Allah lebih-lebih lagi jika menepati dan menguatkan perintah Allah.
4. Maka taat kepada perintah Allah untuk memakai tudung kepala adalah wajib dan lebih wajib lagi jika ianya juga diwajibkan melalui undang-undang oleh kerajaan.
Sidang Jumaat Sekalian,
Tidak ada maknanya kita hanya sekadar mengambarkan kebimbangan dan kesedihan kita terhadap jenayah tersebut. Apa yang paling penting kita mesti melibatkan diri dalam dalam usaha memerangi jenayah tersebut. Kita wajib melakukan sesuatu yang kita mampu melakukannya. Marilah kita mengambil pengajaran daripada situasi ini bagi meletakkan hukum Allah sebagai penyelesai masalah. Kita hanya merancang sedang Allah menentukan.
Setelah berbagai usaha berasaskan pemikiran manusia gagal mengatasi masalah ini dan berbagai pandangan dikemukakan termasuk cadangan yang cukup mengarut seperti saranan mengkhasi ( مغخصي ) perogol yang nyata tidak bertamadun dan membunuh naluri serta fitrah kejadian insan turut dikemukakan maka kenapa kita masih berdolak dalih untuk menyarankan perlaksanaan hukum Allah yang hasilnya dijamin oleh Allah.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
No comments:
Post a Comment