Mukjizat Al-Quran bukanlah suatu yang sukar untuk dibuktikan. Contoh terbaik telah ditunjukkan oleh Pejabat Agama Islam dan Persatuan Pegawai-Pegawai Ugama Perak (PPUP) melalui Debat Perdana yang dianjurkan pada malam tadi. Allah swt menyatakan dalam Al-Quran :
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
Perdebatan bukanlah merupakan satu kaedah dakwah yang menjadi pilihan para pendakwah di negara ini walaupun ianya disarankan oleh Allah. Kebanyakan kita menganggap perdebatan sebagai kaedah yang terlalu berisiko dan akan menyebabkan perbalahan dan pergaduhan. Perdebatan tidak pernah menjadi pilihan mana-mana agensi kerajaan dalam merancang program tahunan apatah lagi jika membabitkan parti politik. Dewan Seri Kerian telah membuktikan bahawa tanggapan kebanyakan kita selama ini tidak selamanya benar. Tiga kaedah dakwah diajar sendiri oleh Allah swt agar Umat Islam sentiasa menggunakannya dari masa ke semasa. Bagi insan-insan yang mempunyai keistimewaan dengan di anugerahkan akal pemikiran yang tajam serta lidah yang fasih maka perdebatan adalah kaedah terbaik. Namun perbahasan yang dilakukan hendaklah dengan cara yang baik dan beradab sopan.
Antara intipati ucapan Y.B Drs. Khalil Idham Lim sebagai wakil kepada YAB Menteri Besar Perak, ketika merasmikan program tersebut adalah nasihat daripada Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dalam Kitabnya Ayyuhal Walad, yang menasihatkan :
Seboleh-bolehnya tinggalkanlah perdebatan kerana ianya boleh membawa kepada riya’, hasad, takabbur, ujub dan sebagainya. Namun jika kamu terjerumus ke kancah perdebatan maka hendaklah ikhlaskan niat di hati bagi menzohirkan kebenaran. Niat yang ikhlas ini boleh dikesan melalui 2 tanda iaitu pertamanya ; kamu tidak membezakan samada kebenaran itu nanti akan tersingkap melalui lidah kamu ataupun lidah lawan debatmu. Keduanya; Kamu lebih menyukai jika debat itu diadakan dalam tempat yang tertutup tanpa dilihat oleh orang yang begitu ramai.
Perdebatan yang dimulakan pada jam 9.15 malam berlarutan sehingga jam 11.00 tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Kesemua panelist berjaya meluahkan pendirian mengenai 3 subjek utama yang dibincangkan iaitu isu ketuanan Melayu, kejayaan atau kegagalan DEB dan masa depan Bahas Melayu dalam perjuangan bangsa. Sekalung tahniah juga wajar diucapkan kepada Moderator, AF. Ustaz Ahmad Nizam Amiruddin, Pegawai Tadbir Agama Daerah Batu Gajah yang berjaya menjuruskan perdebatan bagi membincangkan ketiga-tiga isu yang selama ini dianggap begitu sensitif untuk diperbahaskan.
Gagasan yang diketengahkan oleh YB Idham sewajarnya menjadi panduan kepada semua. Beliau menegaskan dalam ucapan perasmiannya bahawa ;
Gagasan yang diketengahkan oleh YB Idham sewajarnya menjadi panduan kepada semua. Beliau menegaskan dalam ucapan perasmiannya bahawa ;
Tidak ada jaminan dari Allah untuk menjamin mana-mana bangsa untuk kekal selama-lamanya. Sejarah dunia memperlihatkan Kaum Ad, Kaum Tsamud dan sebagainya yang jauh lebih gagah dan hebat daripada bangsa-bangsa yang ada hari ini, telah lenyap dari peta dunia seluruhnya. Kita hanya ada Al-Quran dan ajarannya yang dijamin kekal oleh Allah. Maka akan pasti kekallah mereka yang berpegang teguh dengannya. Firman Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 9 :
َّاِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.
Maka jika Melayu berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran, maka yakinlah Allah akan mengekalkan ketuanan Melayu sebagaimana kekalnya Al-Quran dan ajarannya.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada AF. Ustaz Manolito Bin Haji Dahlan, Pegawai Tadbir Agama Daerah Parit Buntar yang telah merintis jalan kepada berlangsungnya program ini. Persoalannya, mampukah ("beranikah?") pegawai-pegawai lain di Jabatan agama Islam Perak dan di jabatan-jabatan lain untuk menyusun langkah merancang dan melaksanakan program seperti ini yang berjaya membuka minda semua pihak bahawa apa sahaja yang dinyatakan dalam Al-Quran pasti ada kebaikannya walaupun dianggap menjolok mata oleh kebanyakan Ummat
No comments:
Post a Comment