Tuesday, July 21, 2009

HUKUM UPACARA MENYALAKAN LILIN

AGAMA ATAU BUDAYA

Menurut Drs.Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong merangkap Ketua Penerangan PAS Perak, memegang lilin dan colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung di mana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di mesjid.

Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar.


Perhimpunan menyalakan lilin sebagai memperingati si mati bukan amalan keagamaan dan hanya dianggap sebahagian budaya masyarakat bukan Islam. Berikutan itu, orang Islam yang turut hadir pada perhimpunan seumpama itu, hanya sekadar memberi sokongan moral dan tidak salah di sisi agama.


PANDANGAN DARI SUDUT FEQAH


Menurut Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin, lilin bukannya alat keagamaan. Majlis memperingati yang diadakan itu pun tiada unsur-unsur keagamaan. Oleh itu, tidak salah sekiranya rakan-rakan Islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir.


Penyokong Islam yang hadir kemungkinan sekadar memberi sokongan politik, malah perhimpunan itu juga adalah berlandaskan fahaman politik, dan bukannya keagamaan.

Kehadiran orang Islam di situ hanyalah sebagai menyokong rakan-rakan mereka dalam politik sahaja, dan sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu.

3 comments:

Anonymous said...

Saya tak berani nak komen isu ni sebab takut nanti salah berdosa. Harap jangan disebabkan emosi politik kita menyokong penyalaan lilin ini. Bagi saya, cukup sekadar kita hadir ke majlis itu dan bersimpati ke atas kematian si mati tanpa mengikut sebarang bentuk, kaedah atau cara bangsa lain atau agama lain memperingati si mati kerana ditakuti ianya bertentangan dengan agama kita. Bagi masyarakat Cina, amalan mereka menyalakan lilin mungkin satu amalan tradisi tetapi harus diingat bagi seorang Muslim amalan menyalakan lilin ini tidak pernah wujud dan lilin adalah api. Api kebanyakan digunakan untuk upacara pemujaan, ritual penyembahan dan hakikatnya "syaitan" juga berasal daripada api. Saya sekadar berpendapat. Maafkan saya kalau pendapat saya salah.

Anonymous said...

kalau kita nak bercakap, biar kita bercakap berpandukan syarak. Menghalal dan mengharam berpandukan syarak dan bukannya "saya fikir" atau "takut-takut" atau "mungkin"... pemikiran mcam nie yang kita kena tolak. Kalau dalam syaraknya tak betul, tak betul la. tapi kalau tak salah, tak salah la... Amalan tradisi yg tidak bertentangan dengan syarak, tidak patut kita nak larang kerana Islam sendiri tidak menegahnya. Ini bukan masalah politik, tetapi ketaksuban kepartian nie sampaikan kita terlalu mencari kesalhan seseorang itu sampai sekecil2nya. Kalau isu ni nak di jadikan isu, yang setiap tahun kalung bunga kat tugu negara sambil tunduk2 tu apa cerita? jadi cakap kadang2 tu pandang-padang jugak... esp pak2 menteri ...

Unknown said...

Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika perilaku antaranya perbuatan yang dilakukan mestilah tidak digambarkan seolah-olah meniru atau menyerupai orang kafir dan golongan fasik.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar).

Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...