Sunday, July 12, 2009

Ijtimak Jemaah Tabligh Sedunia


Jemaah Tabligh tidak pernah dihalang dari sebarang aktiviti yang mereka anjurkan. Tidak sebagaimana badan keagamaan lain, Jemaah Tabligh tidak menjadi ancaman kepada mana-mana pihak. Ketika pihak lain begitu sukar untuk mengadakan ijtimak di Masjid Negeri, Jemaah Tabligh pernah menganjurkannya beberapa tahun dulu.

Fenomena ini adalah disebabkan mereka tidak melibatkan diri dengan sebarang aktiviti politik. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih cenderung kepada UMNO berbanding PAS. Secara individu pastinya mereka ada berbagai-bagai latar belakang tersendiri. Namun ketika bersama Jemaah, mereka seolah melupakan pandangan politik yang ada di hati masing-masing.

Jika adapun pihak yang membenci Jemaah Tabligh hanyalah AJK masjid dan surau yang menganggap mereka mengotorkan premis. Jika dulu mereka masuk ke masjid dan surau tanpa kebenaran AJK dan menyemakkan pandangan dengan kelengkapan pakaian dan makanan yang mereka bawa. Sasaran dakwah mereka juga dibuat tanpa usul periksa sehingga terkadang melambatkan imam dan jemaah yang baru keluar rumah nak menuju ke masjid, tetapi terpaksa mendengar "leteran standard" wakil mereka. Namun perkembangan terkini memperlihatkan pengurusan yang lebih baik apabila mereka kini diwakili berbagai pihak termasuk para professional dan pegawai kanan kerajaan. Kini tidak kedengaran lagi rungutan-rungutan seperti kita dengar suatu masa dulu. Oleh yang demikian apakah lagi alasan AJK masjid dan surau untuk mengunci pintu, bagi menghalang mereka menunaikan tugas dakwah yang tidak mampu dilaksanakan oleh sebahagian besar dari kita.

2 comments:

Anonymous said...

Saya baru balik menghadiri ijtimak ni...

Semoga nasihat2 ulama dijelmakan dalam tindakan dan amalan dalam kalangan usahawan agama.Semoga hidayat tersebar ke seluruh alam asbab pengorbanan mereka yang keluar jalan Allah.

p.s.: Saya skrg tengah online kat Golden Lounge, KLIA... tunggu flight.

p.p.s.: Ehh.. Ada jugak ke orang tabligh yang naik flight business class? :-) Ingatkan orang tabligh ni tinggalkan dunia kerana kejar akhirat...

Abu Izzah At-Tualanji said...

Syukur atas Taufiq dan Hidayah Allah. Semoga ada yang sudi berkongsi bahan perbincangan untuk kebaikan semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...