Kami secara rasminya disahkan sebagai suami isteri 16 tahun yang lalu. 2 tarikh keramat yang menjadi kenangan 31 Mei & 1 Muharram. Sukar untuk meraikannya pada 1 Muharram kerana walaupun bercuti, namun aku terpaksa menghadiri sambutan Maal Hijrah peringkat negeri.
Sebagai lelaki, tarikh-tarikh sebegini bukanlah suatu yang begitu dinanti-nanti. Lelaki menganggap setiap hari tidak ada bezanya sama sekali. Setiap hari adalah istimewa walaupun suasana berbeza. Menggembirakan isteri adalah tanggungjawab mereka sepanjang masa. Berbeza dengan wanita yang begitu menganggapnya terlalu istimewa. Hari istimewa seperti ini tidak mungkin dibiarkan berlalu sia-sia. Mesti ada upacara untuk meraikannya.
Lelaki jarang sekali bertanya mengenai cinta dan kasih sayang isterinya. Bagi kami cinta itu telahpun dibuktikan dengan lamaran yang diterima. Pengesahan itu adalah pengesahan sampai ke mati. Tidak perlu ditanya-tanya lagi.
Bagi wanita ucapan cinta perlu sentiasa diperbaharui. Penegasan hari ini tidak bermakna lagi setelah berganti hari. Esok lusa akan dipersoalkan kembali.
Inilah konflik yang sering terjadi antara 2 hati. Walaupun sama-sama menyintai namun penzahirannya nyata berbeza. Jika tidak saling memahami, akan berantakanlah ketenangan yang sedia ada. Suami perlu meraikan keghairahan isteri untuk merayakannya. Isteri juga perlu memahami kekangan dan halangan yang dihadapi oleh suami.
Mudah-mudahan kasih sayang ini akan terus bersemi hingga kita menemui Ilahi..................
1 comment:
my dear hubby..
wedding anniversary celebrations may not be important to men.. but to us (me in particular), it is really essential. it was the date to be remembered as it was the date that changed our life and our rutin forever an ever.
lagipun bkn byk sgt tarikh penting dlm hidup kita yg exclusively utk kita je.. birthday, wedding day je.. so, kira ok la tu.
it's a moment to cherished just to remind us the circle of life we had been gone through together. and also to revived the memory so that it would help us to live our life now and in the future..
i don't mind the gift.. i already had the best gift ever........YOU
Post a Comment