"Jangan main-main dengan Pegawai-Pegawai Agama, mereka ada hubungan dengan istana".
Bukan sedikit manusia yang beranggapan sebegitu. Anggapan ini amat berasas kerana hanya urusan agama sahaja yang menjadi kuasa mutlak istana. Kuasa agama telah diperturunkan kuasanya kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak sebagai badan tertinggi yang menaungi 3 buah Jabatan yang menjalankan operasi keagamaan iaitu Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Kehakiman Syariah Perak dan Jabatan Mufti Negeri Perak. Dari segi pengurusan, pentadbiran dan kewangannya diwujudkan Baitulmal yang kini lebih diwar-warkan dengan nama Majlis itu sendiri. Berdasarkan hiraki yang ada maka anggota agensi-agensi agama ini sepatutnya menjadi anggota kerajaan yang paling hampir dengan istana terutamanya apabila Yang Dipertua Majlis diamanahkan kepada DYMM Raja Muda Perak.
Walaubagaimanapun sepanjang 13 tahun bersama Jabatan tidaklah ada sesuatu yang dapat aku banggakan dengan keadaan yang ada. Oleh kerana sekian lama Jabatan diketuai oleh PTD, maka tiada sebarang perhatian istimewa kepada Pegawai-Pegawai Agama untuk dihubungkan dengan pihak istana. Pemberian pingat dan darjah kebesaran juga tidaklah diberikan sebarang keutamaan bagi Pegawai-Pegawai Agama berbanding yang lain. Tambahan pula sikap sebahagian Pegawai Agama yang tidak mahu menonjolkan diri ketika berurusan dengan pihak istana.
Episod Majlis Berbuka Puasa di Istana Iskandariah bukanlah suatu yang baru bagiku. Selama lebih 9 tahun di Bahagia Pengurusan Masjid, akulah yang mengawal dan menguruskan Sejadah dan Cyior bagi solat dan santapan duli-duli tuanku. Pernah suatu majlis di yang diadakan di Masjid Gunung Mesah Hilir, keengganan Pegawai Daerah menggunakan sejadah yang aku sediakan telah menimbulkan kemarahan DYTM Raja Muda. Maka terpaksalah ADC tuanku mencariku agar ditukar dengan sejadah yang biasa digunakan. Walaupun wajahku amat dikenali oleh tuanku dan buat beberapa tahun aku sempat menikmati anugerah wang raya yang dikurniakan, namun tiada ada sebarang ruang untuk berhubung dengan lebih rapat.
Sepanjang tempoh tersebut berbagai bidang perkhidmatan telah mendapat perkenan untuk majlis santapan berbuka bersama. Antara yang ada setiap tahun adalah agensi ketenteraan, pendidikan, NGO dan orang-orang besar kerajaan. Hanya pada tahun ini setelah Pegawai Agama menjadi pengarah, buat julung kalinya Majlis Berbuka Puasa Bersama Pegawai Agama dan Imam diadakan pada Hari Ahad, 30 Ogos 2009, jam 6.30 petang. Ini merupakan satu perkembangan yang amat sihat ke arah peningkatan hubungan pegawai-pegawai agama dengan pihak istana. Namun apa yang merungsingkan kerana ada desas desus yang menyatakan beberapa kategori pegawai yang tidak mendapat jemputan. Mungkin juga sebahagian yang dijemput menganggap ringan dan tidak mengambil bahagian. Walaupun perhubungan rapat dengan pihak istana bukanlah terlalu penting dinisbahkan kepada kepentingan peribadi namun atas nama institusi agama semua pegawai mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk mengangkat martabat institusi ini.

1 comment:
sebagai org bawahan aku pun kene bentang cior, laluan, dan cooler di masjid-masjid mahupun di istana selama 6 tahun aku membuat kerja. walaubagaimana pun aku respect kat bos aku nie sbb die blh bentang sejadah walu anak buahnyerr x derr bkn mcm skrg ape pun tak tau, nak tolong angkat apatah lagi harapkan anak buah walaupun anak buah bercuti. klu deme cuti..........
alhamdulillah lerr skrg aku sudah berpindah....... windu masa dulu kat masjid
from : one key me
Post a Comment