Sunday, September 11, 2011

HUKUM SOLAT BERJEMAAH

 1. Berhasil fadhilah jemaah selain solat Jumaat selagi mana belum salam. Tetap berhasil walaupun makmum tidak sempat duduk seperti imam salam selepas makmum takbir. 

2. Fadhilat yang paling sempurna dengan mendapat takbiratul Ihram bersama imam atau takbir makmum mengiringi takbir imam. 
3. Berhasil fadhilah jemaah pada Solat Jumaat jika mendapat satu rakaat bersama imam. 

4. Sunat Imam mensingkatkan perbuatan dan bacaannya dengan menyempurnakan segala sunat ab'ad dan sunat haiah dan jangan sama atau lebih dari yang disunatkan pada sembahyang sendirian. 
5. Makruh melanjutkan solat melebihi had diatas kecuali redha semua makmum dengan lafaz dan masjid itu tidak terletak di tepi jalan. Makmum yang berkerja di bawah orang atau perempuan yang bersuami tidak di kira keredhaan mereka. 

6. Makruh melambatkan sembahyang untuk mendapatkan jemaah yang ramai atau menanti orang yang berkedudukan seperti qadhi atau mufti. 
7. Sunat imam menanti orang yang hendak masuk sembahyang jika didengarnya dalam ruku' dan tahiyyat akhir agar didapatnya rakaat atau jemaah. Jangan menanti terlalu lama dan tidak boleh dibezakan antara yang dinanti. 
8. Tidak sunat malah makruh menanti selain dari dua tempat tadi kerana tiada faedah padanya. 
9. Tidak makruh malah sunat orang sembahyang bersendirian menanti dalam dua tempat tadi walau seberapa lama sekalipun. 
10. Sunat imam menanti dalam sujud kedua terhadap makmum yang muafiq yang tertinggal kerana membaca Fatihah agar mendapat rakaat kerana jika imam bangkit dari sujud sebelum makmum itu ruku' maka luputlah rakaat tersebut. 
11. Sunat orang yang sudah sembahyang fardhu tunai sendirian selain sembahyang Khauf (perang), nazar dan jenazah, lalu didapatinya orang berjemaah atau bersendirian dalam waktu tersebut maka sunat mengulangi untuk sekali ulang sahaja walaupun imam pertama lebih afdahl dari yang kedua sekalipun. Tidak sunat mengulangi jika imam kedua makruh diikuti. 

1 comment:

Anonymous said...

Assalam...

Tajuk kurang tepat. Sewaktu saya baca tajuk ni, saya ingat saya akan diberitahu, hukum solat berjemaah tu wajib ke, sunat ke , harus ke... rupaya ianya tentang hukum hakam "berkaitan" solat berjemaah. Harap selepas ini penulis lebih peka dan berhati-hati menggunakan istilah yang lebih tepat.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...