Dalam ucapan beliau, beliau mohon simpati dan sokongan kepada seluruh pengundi Bukit Gantang, supaya menyokong Pakatan Rakyat demi kebaikan seluruh negeri Perak dan Malaysia amnya .Beliau juga meluahkan bahawa sepanjang satu bulan setengah ini Pakatan Rakyat berhempas pulas dengan suasana yang terjadi. Pimpinan Pakatan rakyat sudah tujuh hingga 8 kali turun naik Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membela keadilan. Petang semalam, Mahkamah Apex di Putrajaya telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dimana 5 juri telah memutuskan bahawa perbicaraan diserahkan semula kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur." Ini merupakan bibit-bibit benih menuju keadilan dan keselamatan. Beliau juga berharap pada 7 April nanti, rakyat sudi menterjemahkan niat yang baik ini melalui peti undi untuk menunjukkan bahawa rakyat menyokong pihak yang benar.

Majlis malam tadi berlangsung dengan aman sehinggalah menjelang jam 11.00 malam pihak Polis dan FRU mula mengganggu dengan alasan bodoh mereka bahawa penganjur melanggar syart permit. Kononnya permit hanya untuk mengiystiharkan calon, bukan untuk ceramah. Dimanakah akal mereka kerana mereka memberikan permit sehingga jam 12.00. Apakah munasabah 3 jam mulai 9.00 malam hingga 12.00 malam ribuan manusia berkumpul hanya untuk mendengar nama calon tanpa sebarang penjelasan. Mungkin kajian semula perlu dibuat terhadap kelayakan mereka ketika pengambilan ataupun kenaikan pangkat. Kriteria penilaian tidak hanya berdasarkan kelulusan semata-mata tetapi harus dilihat dari sudut kemampuan berfikir dengan waras dan rasional agar tindakan yang diambil tidak memalukan kerajaan semata-mata.

No comments:
Post a Comment