Seminggu lamanya aku meninggalkan Perak tidak pernah melupakan hati ini terhadap tanah tumpah darah tercinta ini. Ketika berada di Negara China, kesempatan terluang bagi melayari internet tetap digunakan bagi mendapatkan maklumat mengenai isu semasa di negeri ini. Terkilan rasanya kerana tidak berkesempatan melibatkan diri menjadi saksi peristiwa bersejarah, Persidangan DUN di bawah pokok yang pastinya menjadi catatan sejarah terulung dunia. Rakyat Perak dahulunya telah membuktikan kehebatan mereka menentang penjajah, mengasaskan kebangkitan Islam seluruh negara dan kini rakyat Perak mengajar negara erti demokrasi tanpa kongkongan budaya tradisi.
Bangga rasanya aku menjadi rakyat negeri berdaulat, Perak Darul Hukuumatain (Negeri 2 Kerajaan). Jika tidak kerana rakyat China tak ramai yang mampu berbahasa Inggeris, pastinya setiap yang kutemui akan kunyatakan bahawa aku datang dari Negeri Perak bukan Malaysia. Setakat seminggu bersama mereka belum ada seorangpun yang kutemui yang pernah mendengar nama Malaysia. Amat jauh bezanya dengan gambaran pemimpin negara mengenai kehebatan negara di mata dunia.
Sejarah ini tidak akan tercipta tanpa seorang rakyat Perak (tak tau spesis mana), yang mengeluarkan arahan keramat. Hebatnya pengurusan Bangunan Persak Darul Ridzuan yang menutup pintu utama ketika sidang DUN akan bersidang.
Nampaknya Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak telah maju setapak lagi di bawah pentadbiran gandingan Mamak Pasembor pada masa ini. Orang No.1 pentadbiran negeri telah menunjukkan contoh teladan untuk diikuti, dengan menggalakkan penjawat awam menggabungkan diri secara langsung dengan tugas politik kepartian. Mungkin tidak menghairankan jika suatu hari nanti pentadbiran awam negeri ini akan ada parti sendiri atau setidak-tidaknya kelab penyokong kerajaan atau pembangkang. Kalau jawatan dalam pentadbiran ini nanti akan dipertandingkan, maka mungkin sayalah orang pertama yang menawarkan diri menjadi Ketua Pembangkang. Namun sedikit kelemahan yang ketara kerana dasar baru ini tidak dijadikan pekeliling rasmi untuk mewajibkan kakitangan bawahan melaksanakannya. Bersamalah kita nantikan apakah kesudahan episod drama bersiri yang amat hebat ini. Semoga semua penjawat awam di negeri ini akan menari mengikut rentak dan tidak menjadi pak turut yang sentiasa mengiyakan apa sahaja kata-kata dan tindakan ketua dan pihak atasan mereka.
No comments:
Post a Comment