Thursday, March 19, 2009

Tikus Membaiki Labu


Berbagai kritikan diberikan oleh berbagai pihak terhadap keputusan Lembaga Disiplin UMNO terhadap berberapa orang ahli termasuk Ali Rustam dan Khairi Jamaluddin. Kes-kes rasuah seperti ini bukanlah merupakan perkara baru dalam UMNO. Namun dalam UMNO ada rasuah yang dianggap jenayah dan ada rasuah yang dianggap hanya sebagai tidak berdisiplin. Rasuah yang terbongkar akan terlepas dari tindakan SPRM jika ianya di bawa ke Lembaga Disiplin. Malang bagi beberapa pihak yang tidak sempat diselamatkan oleh Lembaga Disiplin seperti kes Azalina, Norza dan sebagainya, maka ianya hanya boleh diselamatkan melalui makanisme kerajaan.


Apa yang menarik adalah kepelbagaian tindakan yang diambil terhadap mereka yang disabitkan. Hukuman yang begitu kreative dapat dilihat bermula dari belum bersalah, diberi amaran sahaja, dilarang bertanding hinggalah digantung sehinga 6 tahun. Mungkin hakim-hakim di mahkamah boleh mengambil inspirasi daripada kreativiti Lembaga Disiplin ini bagi mengelakkan kebosanan masyarakat mendengar hukuman yang sama dikenakan sekian lama.


Perpaduan dan silaturrahim di kalangan pimpinan UMNO juga nampak terserlah dalam kes ini dimana berbagai pihak termasuk yang menjadi saingan turut membela Ali Rustam dengan melemparkan kesalahan kepada ahli dan penyokong.


Rakyat diajar berfikiran terbuka supaya dapat membezakan di antara urusan parti dan urusan kerajaan. Seseorang mungkin menyeleweng di dalam parti tetapi amat jujur di dalam menjalankan tugas kerajaan. Maka tidak perlu sebarang perubahan terhadap tugas Ali Rustam sebagai Ketua Menteri kerana tiada kaitan sama sekali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...