Sunday, March 15, 2009

RADIX FRIED CHICKEN SEBAGAI ALTERNATIF

Isu pemboikotan Syarikat Makanan Segera yang terbabit dengan Israel seperti Mc Donald, KFC dan sebagainya sering diperbincangkan. Antara hujjah yang sering dilontarkan bagi memujuk umat Islam agar tidak menyokong pemboikotan itu adalah kerana ianya membabitkan 90% pekerja Islam. Jumlah 90% ini adalah mewakili puluhan ribu pekerja yang akan menimbulkan masalah pengangguran beramai-ramai Umat Islam.
Masalah ekonomi jika dibandingkan dengan masalah akidah atau masalah hidup mati Umat Islam adalah merupakan masalah yang terlalu kecil. Rasulullah saw tanpa memberi peluang meruntuhkan sumber ekonomi pembuat berhala di Mekah sebaik sahaja berkuasa. Sebelum syarikat ini masuk ke negara ini apakah rakyat di negara ini tidak bekerja. Bukankah pemimpin kita cukup hebat dalam mencarikan pekerjaan untuk rakyatnya.
Para pemegang saham, CEO, pengurus dan pekerja syarikat-syarikat ini seharusnya mengambil peluang daripada mood pemboikotan ini untuk beralih arah mewujudkan perniagaan sendiri menggunakan kepakaran yang sedia ada. RFC berjaya diusahakan oleh bekas pekerja KFC yang mempunyai azam untuk berubah serta mampu menggunakan kemahiran yang mereka ada. Nilai perolehan 90% pekerja, CEO, pengurus termasuk pemegang saham Muslim yang kita banggakan itu tidak sebesar mana jumlahnya berbanding keuntungan syarikat yang akhirnya menyumbang kepada kesengsaraan saudara kita.
Jika suatu masa dulu idea seperti ini kelihatan sebagai angan-angan Mat Jenin, tapi kini Mat Jenin sudah membuktikan kemampuan. Semoga teman-teman yang terlibat dalam penubuhan cawangan baru pada tahun ini, termasuk di Bandaraya Ipoh ini, akan mampu mengambil alih semua pasaran yang ada. Semoga suatu hari nanti kina akan mampu membeli secara lelong semua premis perniagaan luar yang ada di negeri ini bagi menggantikannya dengan yang pasti halal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...