Saturday, October 26, 2013

Khutbah ; Kehinaan Di dunia dan Akhirat


اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلاَّ بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ ( ال عمران : 112 )
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Sekalian,
Marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah dan menghindarkan diri daripada jatuh ke dalam kehinaan di dunia dan akhirat. Allah menggambarkan kepada kita dalam ayat di atas tentang satu kaum yang dilaknat oleh Allah yakni Yahudi laknatullah dan mereka akan terus dianggap hina di dunia dan di akhirat. Mereka akan selamanya dihina kecuali berpegang kepada tali Allah dan berpegang kepada tali manusia. Mereka akan dapat hidup dengan aman dan dihormati jika mereka mahu mengambil Islam sebagai cara hidup atau mereka bernaung di bawah pemerintahan Islam sebagai cara hidup atau mereka bernaung di bawah pemerintahan Islam dengan membayar jizah. Mereka akan kembali kepada Allah dengan mendapat kemurkaan Allah dan akan terus menerima kehinaan dan kerendahan di dunia.

Sidang Jumaat Sekalian,
          Mereka amat layak menerima nasib sedemikian lantaran besarnya dosa dan kesalahan terhadap Allah dan Nabi-Nabi mereka. Mereka mengkufuri ayat-ayat Allah dan mereka membunuh Nabi-Nabi mereka tanpa ada asas yang membolehkan mereka berbuat demikian.

Sidang Jumaat Sekalian,
Kejahatan dan keganasan Yahudi ini bukan sahaja menjadi sejarah, malah terbukti sehingga hari ini dan akan terus kekal sehingga ke Hari Kiamat. Umat Islam seharusnya mengambil iktibar dan sentiasa menganggap mereka sebagai musuh utama dan tidak seharusnya dijadikan sahabat. Allah telah pun memperingatkan kita dengan firmannya dalam surah Al-Maidah ayat 27 :

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ ءَامَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
Maka kamu akan dapati golongan yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan golongan musyrikin.

Sidang Jumaat Sekalian,
Dunia hari ini hanya mampu melihat bagaimana rejim Yahudi sebagai sebuah negara haram bermaharajalela membunuh dan menindas rakyat Palestin di Negara Palestin yang suci dan berdaulat. Negara-negara Islam hanya mampu mengutuk seolah-olah memberi isyarat bahawa tiada apa yang mampu dibuat bagi mempertahankan umatnya. Apa yang keganjilannya keganasan ini mendapat restu daripada Amerika yang sedang sibuk ke sana - ke sini memerangi keganasan. Bagaimana mungkin umat Islam yang mampu berfikir dengan waras boleh terus menyokong sendiwara ini walaupun jelas sasaran mereka hanyalah umat Islam di seluruh dunia untuk memerangi umat Islam lain yang di tuduh sebagai pengganas. Kita tidak boleh menunding jari menyalahkan orang-orang kafir kerana mereka sememangnya kafir. Kita mesti merenung kedalam diri kita sendiri dan melihat apakah kesalahan yang telah kita lakukan. Renungkanlah ayat Allah:
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ إِلاَّ تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ
Adapun mereka yang kafir itu sebahgian mereka pelindung kepada sebahagian mereka, jika kamu tidak melakukan perintah Allah maka akan berlaku kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.

Sidang Jumat Sekalian,
Kita gagal melaksanakan perintah Allah ketika kita berada dalam keadaan senang dan mewah. Kita berbalah sesama Islam dan bersahabat baik dengan musyrikin dan musuh-musuh Allah. Kita seolah-olah tidak mengharapkan pertolongan Allah ketika kita hidup selesa lalu Allah melupakan kita ketika kita tertekan. Kita juga akan terhumban ke lembah kehinaan sebagaimana hinanya Yahudi di sebabkan kita mengikut segala amalan Yahudi. Jika Yahudi tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan membunuh Nabi-Nabi mereka sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 117 di atas tadi, maka umat Islam hari ini beriman kepada sebahagian ayat-ayat Allah dan mengkufuri sebahagian ayat-ayat Allah. Walaupun kita hari ini tidak membunuh para Nabi tetapi kita membunuh peranan ulamak yang menjadi pewaris para Nabi. Benarlah gambaran Nabi Muhammad S.A.W mengenai kehidupan hari ini sebagaimana sabdanya :
  حَدِيثُ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri katanya , Rasulullah S.A.W bersabda : Kamu telah mengikuti orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggakan jika mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tatap mengikut mereka, kami bertanya, apakah yang dimaksudkan adalah Yahudi dan Nasrani ? Baginda bersabda, kalau bukan mereka siapa lagi.

Sidang Jumaat Sekalian,
          Sudah terlalu banyak amalan Yahudi dan Nasrani yang kita lakukan. Sudah terlalu banyak perintah Allah yang kita tunaikan. Sudah terlalu lama kita meninggalkan ajaran Islam. Sudah selayaknya kita menerima pembalasan tuhan. Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 44, 45, 47:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ(44)
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ(45)
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ(47)

          Maksudnya bahawa barangsiapa yang tidak menghukum dengan hukum-hukum Allah atau tidak melaksanakan hukum Allah maka mereka akan tergolong dalam salah satu di antara tiga golongan samada kafir, zalim dan fasik. Dalam tafsir al-Qurtubi menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah kerana menolak al-Quran dan engkar dengan hadis Rasul maka mereka menjadi kufur yang sebenar. Jika sekiranya mereka tidak menolak al-Quran dan tidak engkar dengan hadis Rasul  maka mereka dikira fasik dan zalim. Dan menurut Abi Mas'ud dan al-Hassan :
هِيَ عَامَةٌ فِيْ كُلِّ مَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَاْليَهُوْدِ
Hukum ini umum bagi setiap yang tidak melaksanakan hukum Allah di kalangan muslimin dan Yahudi.

Ini bermakna setiap kita yang beriman tidak terlepas daripada ancaman Allah ini samada kita sebagai pemimpin atau pun yang dipimpin. Jika kita gagal melaksanakan perintah Allah yang wajib kita lakukan terhadap masyarakat, jika kita gagal melaksanakan perintah Allah yang wajib kita lakukan terhadap keluarga dan saudara-mara kita, jika kita gagal melaksanakan perintah Allah yang wajib kita lakukan terhadap diri kita sendiri maka kita juga tergolong ke dalam maksud ayat-ayat tadi.
  
Sidang Jumaat Sekalian,
          Kita tidak beramal dengan Islam sepenuhnya dalam kehidupan. Kita malas melakukan ibadat tetapi mengharapkan rahmat. Kita kurang melakukan perancangan tetapi mengharapkan Allah memberikan kejayaan. Kita tidak mengambil berat dengan hukum hakam Allah tetapi mengharapkan keredhaan Allah. Marilah kita menambahkan usaha bagi memastikan kalimat Allah dapat ditegakkan di seluruh muka bumi ini kerana itulah amanah kita sebagai khalifah Allah. Kebiadaban Yahudi dan Nasrani tidak akan selamanya diizinkan Allah jika kita mentaati ajaran Allah. Suatu masa nanti Yahudi akan melutut memohon balas simpati daripada umat Islam sebagaimana umat Islam hari ini memohon simpati dunia. Rasulullah S.A.W memberi gambaran dalam :
حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلاَّ الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ

Hadis Riwayat Abu Hurairah R.A : Rasulullah S.A.W bersabda Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah para muslimin memerangi Yahudi lalu mereka membunuh Yahudi menyebabkan Yahudi lari bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu dan pokok berkata: Wahai para muslimin, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, marilah dan bunuhlah dia, melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di antara pokok kaum Yahudi.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

1 comment:

Saf Misham said...

Terbaik khutbah ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...